



“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki.” - (Surah Saba, 34:39)
TABUNG YAYASAN MAGHFIRAH CAWANGAN SABAH
Untuk makluman semua tahun 2022 ini, Yayasan Maghfirah akan menubuhkan cawangan baru di Sabah. in shaa Allah kami akan menyantuni lebih ramai lagi golongan yang memerlukan.
Besar harapan kami untuk menjadi jambatan yang menghubungkan antara penyumbang-penyumbang dan mereka yang menerima manfaat.
Berikut antara projek-projek yang dijalankan oleh Yayasan Maghfirah di Sabah:
Jiwa Peduli-Mengagihkan beberapa makanan asas kepada beberapa buah keluarga asnaf, menyantuni mereka dan memberikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban agar tidak terus dihimpit kesusahan.
Antara senarai barangan Asas: Beras, telur, tepung, gula, garam, kicap, biskut, bihun, minyak masak. Manakala dari segi keperluan bayi, kita bantu dari segi lampin pakai buang dan juga susu formula.
Bantuan Bencana- Pihak kami akan memfokuskan bencana seperti: Banjir, tanah runtuh, kebakaran, ribut dan lain lain.
Pada bulan Jan lepas, Tim Yayasan Maghfirah telah menyalurkan sedikit dana bagi pembangunan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Rayyaj, Tawau (Sabah) yang terjejas akibat kebakaran. In shaa Allah pihak Yayasan Maghfirah membantu pelajar Tahfiz ini membaiki asrama, syiling dan juga kelengkapan bilik tidur yang musnah dijilat api.
Moga sumbangan dan sokongan semua, Tabung Yayasan Maghfirah Cawangan Sabah ini sedikit sebanyak membantu pasukan kami menjalankan kerja-kerja kebajikan. . Jika tuan/puan ingin membantu projek-projek kami, salurkan sumbangan Tuan/Puan ke akaun :
#Maybank : 5622 6355 2802
#Penama : Yayasan Maghfirah
#Reference : ymsabah
Tuan/puan boleh melampirkan resit ke:
https://wasap.my/601164001649/ymsabah
Semoga keprihatinan, sifat pemurah serta sumbangan ikhlas tuan/puan dibalas oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran, dimurahkan rezeki dan diberikan umur yang panjang berkat sedekah jariah ini.
Ke mana SUMBANGAN tuan puan pergi? boleh lihat carta alir di bawah: