Lokasi Strategik di Kawasan LRT Titiwangsa, Kuala Lumpur:


“Misi Untuk #LOCKED Bangunan 5 Tingkat Untuk Dijadikan Pusat Dakwah & Penerbitan Persatuan OKU Penglihatan (PERTIS), Infaq Serendah RM50 Sahaja Per Nama"

(Anda Boleh Niatkan Infaq Atas Nama Anda & Ahli Keluarga Yang Lain, Insyaallah Pahalanya Berpanjangan Sampai ke Akhirat)




Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)  ini sebenarnya telah diasaskan sejak tahun 1996.

Alhamdulillah, setakat ini mereka sudah ada 2 pejabat;

1) Pusat Pentadbiran di Medan Idaman, Gombak

2) Unit Penerbitan di Brickfield, Kuala Lumpur

Namun, pejabat PERTIS yang sedia ada ini agak sempit & hanya mampu melaksanakan program berskala kecil tidak melebihi 20 orang.

Jadi, bila mereka nak buat program besar sedikit seperti seminar tentang kesihatan, agama, kelas jawi, kelas arab, mengaji guna quran braile, dll.
Mereka terpaksa sewa dewan lain dengan kos yang semakin meningkat.

Inilah Realitinya, Terpaksa Sewa Dewan Setiap Hujung Minggu
Pihak PERTIS juga terpaksa menyewa sebuah dewan di bangunan Malaysian Association For Blind untuk kelas-kelas pada hujung minggu seperti:
✅ Seminar tentang kesihatan, agama, dll
✅ Kelas jawi, arab, mengaji guna quran braile, dll

Program iftar, maal hijrah, dll

Ia secara tak langsung, menyebabkan usaha dakwah di kalangan OKU itu terhad dan terbantut. Sebab dana persatuan pun tidak terlalu banyak.

Inilah yang menyedihkan kami.


Sebenarnya ramai OKU yang teringin belajar agama, pandai mengaji, pandai baca, tapi disebabkan fasiliti terhad. Mereka terbiar begitu saja.

                                     
                          



Tak Ramai Yang Prihatin Dengan OKU (Kecuali Yang Berada Dekat Dengan Mereka & Berhati Mulia)

Atas dasar itulah, tim Yayasan Maghfirah bekerjasama dengan PERTIS untuk sama-sama mengumpul dana membeli terus bangunan sebagai pusat dakwah .

Insyaallah, bangunan yang kita nak beli ini sangat strategik untuk golongan OKU penglihatan;

➡️ Lokasi: Pekeliling Bussiness Center, Kuala Lumpur

➡️ Dekat dengan MONORAIL & LRT Titiwangsa

➡️ OKU mudah nak akses (sebab ada laluan khas)

➡️ Bangunan 5 tingkat (luas & sesuai untuk aktiviti)

Dengan adanya bangunan sendiri, maka boleh lah pihak PERTIS jalankan aktiviti dakwah, kelas mengaji, seminar, dll tanpa perlu fikir tentang sewaan dewan. Selain itu, dengan adanya bangunan ini juga. Semua urusan pentadbiran, penerbitan Quran Braile, asrama kakitangan akan berada dalam satu tempat.
Jadi, ia akan memudahkan OKU berurusan dengan persatuaan.


Berapa Harga Bangunan 5 Tingkat Ini?

Jumlah dana keseluruhan yang diperlukan adalah RM4 juta.

Namun, anda boleh membantu mengikut kemampuan. Dimana infaq ini, kami akan gunakan untuk membeli & menyediakan fasiliti seperti;
Dewan untuk perlaksanaan program Pejabat Pentadbiran dan 'One Stop Centre'

✅ Pusat Penerbitan dan Perpustakaan

✅ Bilik untuk kelas pengajian

Asrama kakitangan dan OKU yang memerlukan

Jika dikira-kira, harga bangunan 5 tingkat di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ia sangat berbaloi.

Kami risau jika bangunan ini lambat ditebus, ia diambil pihak lain.
Tolong tuan-puan, bantu saudara OKU muslim kita ada tempat untuk belajar agama sendiri. Sedih kadang-kala memikirkan nasib mereka ini.
Bagaimana Cara Anda Boleh Berinfaq?
Anda boleh pilih pakej di bawah mengikut kemampuan:

➡️ Lot Infaq Dermawan RM3000

➡️ Lot Infaq Jutawan RM500

➡️ Lot Infaq Marhaen RM150 

➡️ Lot Infaq Prihatin RM100

➡️ Lot Infaq Sejiwa RM50

Ayuh kita rebut pahala ini sebelum ia ditutup (sebab dana dah cukup).

Tanda Allah SWT sayang hamba-Nya, bilamana Allah SWT mudahkan kita untuk jumpa peluang beramal. Jangan sia-siakan setiap peluang itu.
Mudah-mudahan Allah SWT luaskan rezeki dan hadiahkan ladang pahala buat para dermawan semua.

Amin ya  rabbal a’lamin.

Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

 

Bank :  CIMB Bank

Nama :  Yayasan Maghfirah

No akaun :  8603221427

Sila letakkan reference “ OKU



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Lot Infaq Dermawan RM3000
Lot Infaq Jutawan RM500
Lot Infaq Marhaen RM150
Lot Infaq Prihatin RM100
Lot Infaq Sejiwa RM50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

Yayasan Maghfirah
yayasanmaghfirah@gmail.com
+601164001649
BANTUAN ?