MISI BANTUAN MUSIM SEJUK LUBNAN



JOM BANTU PELARIAN SYRIA DAPATKAN BEKALAN MAKANAN DAN KELENGKAPAN BAJU SEJUK MELALUI SUMBANGAN KITA. 

 

"Tiada kewangan yang cukup untuk kelengkapan musim sejuk, penduduk Syria terpaksa melalui musim sejuk yang melampau". 

"Sebahagian besar pelarian pula hidup dalam keadaan serba daif selepas teperangkap dalam krisis"

"Bahayanya terdedah kepada kesejukan yang melampau!!"


Jika kita rasa selesa berada dalam keadaan suhu yang sangat baik di Malaysia, tapi tidak buat mereka di Lubnan. Kehidupan pelarian Syria di sana penuh dengan kesengsaraan apabila terpaksa berhadapan dengan suhu yang sangat dahsyat sehingga mencengkam tulang belulang. Kedatangan musim sejuk ini sebenarnya menjadi suatu ketakutan buat mereka.

Mereka langsung tidak memiliki bahan bakar, terpaksa memakai pakaian sejuk dan selimut lama yang sudah rosak serta lusuh. Dalam situasi ini, apa yang mereka mampu lakukan hanyalah duduk berpelukan antara satu sama lain tanpa alat pemanas demi menghangatkan badan. 

Sumber dan bekalan makanan mereka juga sangatlah terhad, sehingga mengakibatkan kebuluran & sakit teruk kerana kekukarangan nutrisi dalam badan.

Jadi tuan puan, apakah kita hanya terus melihat masalah yang sedang menimpa mereka? TIDAK terdetikkah di hati kita untuk meringankan beban hidup mereka? 

SEDIKIT SUMBANGAN  ANDA BAKAL MENYELAMATKAN NYAWA MEREKA

Ayuh tuan puan bersama-sama kami, Tim Yayasan Maghfirah bantu atasi masalah saudara Islam kita di sana.  Misi bantuan ini adalah satu inisiatif memberi keselesaan yang lebih baik kepada para pelarian Syria.


Siapa yang tidak mahu lihat mereka hidup dengan selesa walaupun terpaksa berhadapan dengan musim sejuk yang begitu dahsyat. In shaa Allah pada hujung bulan ini, beberapa orang Tim kami akan ke sana bagi mengagihkan beberapa barangan bantuan sejuk buat mereka yang memerlukan. 

Yayasan Maghfirah akan menyediakan:


➡️ Pek Makanan
➡️ Pakaian, Selimut, Tilam, Khemah
➡️Kit Kebersihan
➡️Bantuan Pemanas & Bahan Bakar


Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda :

“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (sedekah berpanjangan), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

(HR Muslim)



 Jom sama-sama bantu kami mencapai SASARAN bagi Misi Bantuan Musim Sejuk Lubnan.


SASARAN DANA
  RM 100 000  



BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG?
Jika tuan/puan berniat untuk menyumbang tetapi tidak mahu mengikut pakej di atas boleh menyumbang sebanyak RM5, RM10, RM 15 & RM 20  dan sebagainya ke akaun di bawah:

Nama :Yayasan Maghfirah

No akaun : 5622 6355 2802

Sila letakkan reference “Lubnan02


Semoga amal dan sumbangan anda membantu pelarian Syria di Lubnan diganjarkan dengan limpahan pahala yang besar. Aamiin..


MAKLUMAT TAMBAHAN**

Bagi penyumbang yang ingin mendapatkan resit pengecualian cukai LHDN, boleh hubungi  http://www.wasap.my/60199221236/LHDN . Mohon jasa baik tuan/puan untuk menyimpan bukti pembayaran bagi memudahkan kami menyediakan resit anda.


Bagi penyumbang luar negara, kami galakkan tuan puan utk memilih transfer melalui Western Union atau Foreign Telegraphic Transfer. Ini bagi mengelakkan masalah ketika transfer.

1. Nombor akaun rasmi Yayasan Maghfirah:

Maybank: 562263552802

2. Bank address:

No. 7 & 9, Jalan 9/9c, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

3. Alamat:

Yayasan Maghfirah, No 7-1, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor.

4. Emel: yayasanmaghfirah@gmail.com

Sekiranya masih terdapat masalah, tuan/puan boleh hubungi Puan Aliza.

http://www.wasap.my/60199221236/misiLubnan



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
BANTUAN MUSIM SEJUK RM1000
BANTUAN MUSIM SEJUK RM500
BANTUAN MUSIM SEJUK RM100
BANTUAN MUSIM SEJUK RM50
BANTUAN MUSIM SEJUK RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

BANTUAN ?