[UPDATE MAJLIS AMAL MAGHFIRAH]
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi akhirnya Yayasan Maghfirah selesai menganjurkan Majlis Amal Maghfirah(Majlis berbuka) pada tahun ini dengan membawa tema 'Raikan Ramadan' untuk meraikan keluarga asnaf, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan buat Tuan Puan secara tidak langsung terlibat dalam menjayakan majlis ini. Moga Allah membalas ganjaran setimpal buat kalian atas segala kebaikan yang telah lakukan.
Penerima manfaat yang kita raikan pada hari Sabtu yang lepas sangat teruja dan gembira bila dapat beriftar bersama-sama di Bangi Avenue Convention Centre. Sambil berbuka puasa, sambil menyantuni sesama sendiri. Tanpa sumbangan dan tajaan Tuan Puan, pasti pihak kami tak mampu merealisasikan majlis tersebut..
Terima kasih atas sokongan semua!
GAMBAR-GAMBAR INI KHAS UNTUK TATAPAN SEMUA
ALHAMDULILAH KITA BERJAYA UKIR SENYUMAN BUAT MEREKA
Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)
#Maybank : 5622 6355 2802
#Penama : Yayasan Maghfirah
#Rujukan : MajlisAmal02