TABUNG DANA DERMA PEMBANGUNAN
MAAHAD TAHFIZ NUR SYAFAAT, PARIT TALIBEK, SIMPANG RENGGAM
“Kami hanya diberi tempoh 3 bulan untuk mengosongkan bangunan dan kini tertekan untuk membina bangunan baru di tanah wakaf…”
“70 pelajar tiada tempat berteduh..”
============================================
.
Bayangkan, didesak dan diberi tekanan untuk
mengosongkan bangunan selama tempoh 3 bulan sedangkan pembangunan penempatan
baru masih belum siap sepenuhnya.
Itulah
kesukaran yang dihadapi oleh pihak pengurusan Maahad Tahfiz Nur Syafaat.
.
Maahad
Tahfiz Nur Syafaat atau dahulunya dikenali sebagai Akademi
Tahfiz Darul Ameer, telah ditubuhkan pada tahun 2017 dengan menyewa di sebuah bangunan
rumah kedai 2 tingkat di Bandar Putra, Kulai, Johor.
.
Setelah
beberapa tahun beroperasi, pihak maahad tahfiz telah menerima wakaf tanah
seluas 2.7 hektar dari seorang hamba Allah yang ingin membangunkan sebuah
pusat Tahfiz di Kampung Parit Talibek, Simpang Renggam.
.
Untuk permulaan, pihak maahad telah memulakan
pengubahsuaian dan penambahbaikan bangunan rumah yang tersedia ada di atas
tanah wakaf tersebut. Namun, akibat kekurangan dana pembangunan dan penambahbaikan di tapak tanah yang tersedia
ada di Parit Talibek ini terpaksa
dihentikan walaupun masih ada lagi 70% yang perlu disiapkan.
.
Sementara
pembangunan di tapak wakaf tanah ini berlangsung, pihak Maahad Tahfiz Nur
Syafaat telah berpindah ke penempatan baru di bangunan Wisma Al
Firdaus, Simpang Renggam, Johor yang telah diwakafkan selama 10 tahun
mengikut perjanjian yang ditetapkan di atas sebab-sebab tertentu.
============================================================================
RM25,000/SEBULAN
DIPERLUKAN DENGAN KADAR SEGERA UNTUK MENERUSKAN PEMBINAAN & PENGUBAHSUAIAN MAHAAD TAHFIZ NUR SYAFAAT YANG TERBENGKALAI SEJAK 2018
AYUH, BANTU KAMI HARI INI!
==============================================================================
TUJUAN & SASARAN DANA
Kini, pihak Maahad Tahfiz Nur Syafaat sedang berusaha mencari dana sumbangan sebanyak RM300,000.00 bagi meneruskan operasi pembangunan Maahad Tahfiz Nur Syafaat sebagai Pusat Pengajian Kitab dan Alim di Kampung Parit Talibek, Simpang Renggam, Johor.
Dana
wakaf pembangunan ini perlu SEGERA
dikumpul untuk mengelakkan sebarang permasalahan di kemudian hari. Tanpa
bantuan anda semua, kemungkinan impian pihak mahaad untuk melahirkan
para huffaz yang terbilang ini bakal terkubur.
====
Berikut adalah
cadangan pembangunan dan penambahbaikan yang akan dibuat di atas tanah wakaf
ini;
✅ 1 Unit Dewan
Belajar
✅ 1 Unit Bangunan Pentadbiran
✅ 1 Unit Kantin✅
4 Unit Blok Akademik
✅
2 Unit Asrama Untuk 100 Orang
Pelajar
✅ 2 Unit Rumah Guru
Cadangan Pelan Bangunan Maahad Tahfiz Nur Syafaat (Pusat Pengajiaan Kitab dan Alim), Parit Talibek
Cadangan
Pembangunan Maahad Tahfiz Nur Syafaat (Pusat Pengajian Kitab dan Alim), Parit Talibek Dalam Bentuk 3D
Berikut adalah pecahan kos keseluruhan
pembangunan ini adalah seperti berikut :
✔️Kos kerja-kerja awalan, melupus, mengstruktur bangunan
✔️Kos
Kemasan Bumbung, Dinding dan Syiling
✔️Kos
Kemasan Lantai Dan Cat
✔️Penyelenggaran
Bangunan seperti tandas, tempat wuduk, ruang mendobi, pintu dan tingkap
✔️Kos
Kerja-kerja Elektrikal
✔️Kos Kerja Kemasan Akhir
====
Oleh
itu,
dengan kerjasama Yayasan Maghfirah, pihak kami dengan berbesar hati ingin
menjemput tuan puan untuk menjadi sebahagian penyumbang tetap Maahad Tahfiz
Nur Syafaat ini dan bersama-sama melahirkan generasi penghuffaz Al Quran
yang berjaya di dunia dan di akhirat.
.
Rasullulah SAW telah bersabda,
“Barang siapa yang membantu (peduli terhadap) keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya. Dan barang siapa yang melapangkan satu kesusahan (kesedihan) seorang muslim maka Allah akan melapangkan satu kesusahan dari berbagai kesusahannya kelak di hari kiamat.” (HR Muslim no. 2580)
====
BANTUAN YANG DIPERLUKAN
Selain
sumbangan dana, sumbangan dan tajaan dalam bentuk material juga amat
dialu-alukan oleh pihak maahad tahfiz ini. Antaranya ialah;
▶ Kipas, Karpet, Sound System, Pagar, Tar, Jubin
====
BAGAIMANA BOLEH ANDA MEMBANTU?
Pihak kami telah menyediakan beberapa pakej menarik dan mudah sebagai panduan untuk menyumbang seperti berikut;
PAKEJ PREMIUM =
RM500
PAKEJ PLATINUM =
RM300
PAKEJ GOLD =
RM100
PAKEJ SILVER =
RM50
PAKEJ BASIC = RM30
Untuk Sumbangan
Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
CIMB BANK
YAYASAN MAGHFIRAH
NO
AKAUN : 8603 22 1427
Sila letakkan rujukan “TTP01” untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan
Jika ada sebarang pertanyaan/permasalahan yang dihadapi, pihak kami boleh dihubungi melalui talian;
+019 922 1016
(Wakil Pengurusan Yayasan Maghfirah - Cik Wafa)
Semoga segala
keprihatinan dan bantuan yang disumbangkan ini bakal menjadi bukti dan jaminan
kebahagian di akhirat kelak serta dinilai tinggi di sisi Allah SWT. Aamin ya
Rabbal Alamin.
*Jika anda dari Singapura, Brunei atau Indonesia boleh pilih kaedah pembayaran Billpliz » kaedah card » masukkan butiran kad anda
Namun jika anda dari Malaysia boleh terus pilih kaedah billpliz » online banking