
"Sekurang-kurangnya 10% penduduk dunia atau 650 Juta orang hidup dengan kecacatan"
- Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)-
.
Isu dan cabaran Pendidikan Islam bagi OKU yang seolah-olah 'terlepas pandang' ini menyebabkan ibu bapa yang dikurniakan anak OKU buntu dan ada sebahagian daripada mereka yang terpaksa menghantar anak istimewa mereka ke pusat-pusat yang ditaja oleh orang bukan Islam.
Yayasan Maghfirah mengambil inisiatif dengan melancarkan Kempen Tabung Kelestarian OKU untuk menjaga kebajikan anak-anak OKU yang terdiri daripada mereka yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran seluruh Malaysia.
OBJEKTIF KEMPEN:
✅ Mengumpulkan dana bagi tujuan menampung kos pengurusan pusat dakwah OKU Akademi Faqeh.
✅ Membantu membangunkan aplikasi quran isyarat dan terjemahan mesra bagi kegunaan OKU pendengaran
✅ Membantu menampung kos terapi di pusat terapi swasta untuk anak-anak istimewa dari keluarga yang kurang kemampuan
Oleh itu, pihak Yayasan Maghfirah sedang berusaha untuk mengumpulkan dana sebanyak RM 500,000. Sumbangan para dermawan semua amat diperlukan demi menjayakan Projek Tabung Kelestarian OKU.
Kegagalan dalam mementingkan pendidikan agama kepada anak-anak OKU ini sedikit sebanyak telah melumpuhkan ruang dan peluang yang ada pada anak-anak OKU ini untuk melahirkan umat yang hebat dalam beragama. Hal ini kerana setiap daripada mereka mempunyai kelebihan yang dianugerahkan tidak sama seperti yang lain.
Bukan itu sahaja, komuniti OKU ini juga, kita perlu bantu dari segi menyediakan bantuan mempelajari Al-Quran dengan cara yang mudah akses dan difahami agar mereka turut dapat membaca Al-Quran dengan baik.
-01-01.jpg)
RM 300
Pusat Dakwah OKU (Akademi Faqeh)
+
Pembangunan Aplikasi Al-Quran Isyarat
+
Bantuan Terapi Anak Istimewa

Sepertimana anak-anak yang lain, anak-anak OKU ini juga berhak untuk memenuhi keperluan spiritual dengan Pendidikan Agama Islam. Walaubagaimanapun, setiap kanak-kanak OKU ini mempunyai kekangan dan masalah tersendiri mengikut kategori kecacatan. Oleh sebab itu, kelompangan dalam penawaran Pendidikan Islam menyebabkan ibu bapa yang dikurniakan anak OKU ini buntu, malah sebahagian daripada mereka terpaksa menghantar anak-anak mereka di pusat-pusat yang ditaja oleh bukan Islam.
Fungsi utama Pusat Dakwah OKU Akademi Faqeh ini ialah memberikan kelas dan pendidikan Al-Quran kepada anak-anak OKU mengikut tahap pembelajaran mereka. Anak-anak OKU ini diberikan pengajaran berasaskan modul atau kurikulum QurANIS yang menekankan pengajaran seperti tahsin ibadan, terapi wuduk, terapi tazkirah dan pelbagai lagi.




RM 290,000
Dana yang digunakan untuk menampung kos operasi pusat dakwah
RM 4,000
Penyediaan alat bantu mengajar, elaun guru dan sebagainya
PAKEJ SUMBANGAN
RM100 SAHAJA


RM290,000
Dana diperlukan untuk membangunkan aplikasi Al-Quran isyarat untuk OKU Pendengaran
RM 100,000
Setiap 1 Juz mempunyai lebih kurang 20 muka surat
PAKEJ SUMBANGAN
RM100 SAHAJA
Perkembangan pemulihan diri anak-anak istimewa ini adalah lebih baik dengan terapi yang berkala dan konsisten. Dengan usaha ini, kita dapat membantu mengurangkan beban keluarga untuk menampung kos rawatan terapi yang mahal serta memberi peluang kepada pesakit dari keluarga kurang berkemampuan untuk pulih dan meningkatkan perkembangan diri dengan lebih baik sama seperti anak-anak yang berkemampuan.
Setakat ini, melalui bantuan ini, 2 orang remaja istimewa telah berjaya dibantu di Kuantan selama lebih 6 bulan dan telah menunjukkan kesan pemulihan yang baik. Oleh itu, ianya adalah tidak mustahil apabila lebih ramai anak-anak istimewa ini sembuh seperti anak-anak yang lain pada masa akan datang.
BERAPAKAH YANG DIPERLUKAN?
RM 200-RM 300
Dana yang diperlukan untuk menjalankan satu sesi terapi
PAKEJ SUMBANGAN
RM100 SAHAJA

RM 50
Infaq Bantuan Kelestarian OKU
BAGAIMANA TUAN/ PUAN BOLEH BERINFAQ?
Tuan/ Puan boleh menyalurkan INFAQ dalam bentuk:
✅Pakej Dermawan - RM 1000
✅Pakej Infaq 3 dalam 1 - RM 500
✅Pakej Infaq Pembangunan OKU Akademi Faqeh - RM 100
✅Pakej Infaq Pembangunan Aplikasi Quran Isyarat - RM 100
✅Pakej Infaq Bantuan Terapi OKU - RM 100
✅Pakej Infaq Tabung Kelestarian OKU - RM 50
✅Derma seikhlas Hati - RM 10
Jika tuan/puan berniat untuk menyumbang namun tidak mahu mengikut pakej di atas boleh menyumbang sebanyak
RM 10, RM 20 atau RM 30 dan sebagainya Ke Akaun Di Bawah:
Nama : YAYASAN MAGHFIRAH
No Akaun : 562263552802
Sila letakkan reference "OKU02"