Jom bantu mereka yang kesusahan melalui
Tabung Fasa Pemulihan Jiwa Peduli
Banyak peluang untuk kita melakukan amal sedekah ini. Ramai
insan yang betul-betul memerlukan bantuan & sokongan rakyat Malaysia pada
hari ini.
Tahukah anda kesan PKP telah menyebabkan ada antara
saudara-saudara kita yang pada asalnya ada keluarga yang bahagia terpaksa
menjadi gelandangan akibat dari kesan kehilangan pendapatan
Saksikan video di bawah:
Alhamdulillah atas sumbangan orang ramai untuk Tabung
Kecemasan Lockdown Jiwa Peduli kami dapat menyantuni mereka.
KAMI INGIN MEMBANTU LEBIH RAMAI INSAN DI LUAR SANA
Bayangkan ini hanyalah paparan sebahagian sahaja tentang keadaan masyarakat yang kesusahan sewaktu PKP, di luar sana samaada di ibu kota atau di pendalaman masih ramai individu & keluarga yang memerlukan bantuan segera.
Syatilla Melvin sendiri pernah mengikuti misi agihan bersama kami, beliau juga sedih melihat semakin insan kesusahan akibat kehilangan pendapatan:
Screenshot daripada pemohon bantuan YM menunjukkan betapa sukarnya kehidupan mereka tatkala PKP berlangsung. Bayangkan ada ibu bapa yang terpaksa memberi anak minum air teh kerana tidak berkemampuan untuk membeli susu formula.
Kami mendapat banyak permohonan bantuan yang memerlukan susu & lampin buat anak-anak. Disebabkan faktor kesempitan ekonomi ada antara para asnaf yang sanggup mengikat perut demi anak-anak kecil.
Puan Zila Bakarin sendiri seorang ibu, beliau begitu memahami tindakan sesetengah ibu bapa yang sanggup melakukan apa sahaja kerana tidak mahu melihat anak-anak menangis kelaparan:
Tim Yayasan Maghfirah telah melakukan survey jumlah pemohon bantuan. Mereka begitu ramai. Justeru kami menggerakkan satu inisiatif bantuan khas barangan asas, susu formula & lampin kepada keluarga asnaf melalui Projek Tabung Bantuan Kecemasan Jiwa Peduli.
Kami sasarkan untuk setiap keluarga asnaf menerima satu set bantuan barangan asas yang lengkap dengan:
♦ Beras
♦ Tepung
♦ Gula & garam
♦ Kicap
♦ Biskut
♦ Sardin
♦ Minyak Masak
♦ Susu Tepung & Lampin

Manakala pasangan menerima 2 beg lampin & 2 pek susu formula.

▶️ BANTU 10 KELUARGA = RM 1000
▶️ BANTU 5 KELUARGA = RM 500
▶️ BANTUAN BARANGAN ASAS, SUSU & LAMPIN = RM 150
▶️ BANTUAN BARANGAN ASAS = RM 100
▶️ PAKEJ PEDULI 2 = RM 50
▶️ PAKEJ PEDULI 1 = RM 30



.jpg)



Semakin ramai yang menyumbang, semakin ramai insan yang dapat kita semua bantu. Tidakkah anda teringin terlibat dalam amal ini ?
Bank : CIMB BERHAD
Nama : YAYASAN MAGHFIRAH
No Akaun :
8603 2214 27
Wajib letak reference “JiwaPeduli01”
Lampirkan resit ke: https://wasap.my/60199221016/JiwaPeduli01