Pembinaan Maahad Tahfiz Al-Fateh:
“
Dana Segera
Diperlukan Untuk
Bina Bangunan 3 Tingkat
,
Slot Wakaf Hanya RM30 Per Nama
”
(Wakafkan Nama Anda & Ahli Keluarga Yang Lain di
Hari Jumaat Ini
, Insyaallah Berpanjangan Pahala Selamanya)

Kita semua tahu, setiap manusia itu pasti menemui ajalnya satu hari nanti.
Namun pernah tak kita berfikir;
Adakah amalan yang kita ada sekarang sudah cukup?
Apa pula persediaan yang kita dah buat sebagai bekalan menuju akhirat?
Apa amalan yang kita dah rancang dan buat, supaya kita boleh dapat pahala secara berterusan
(walaupun ketika kita sudah meninggal dunia)?
Salah satunya adalah dengan berwakaf.
Inilah cara untuk kita dapat pahala berterusan di akhirat kelak sepertimana Rasulullah Solallahua’laihi wasallam sarankan.
Kisah menarik daripada Ibnu Umar Radiallahu a’nhu.
Beliau menceritakan tentang bapanya, Umar ibn Khattab.
“Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar, lalu dia datang kepada Nabi S.A.W untuk minta pandangan tentang tanah itu;
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?”
Maka, Rasulullah S.A.W pun bersabda kepadanya yang bermaksud: “Jika engkau hendak, tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.”
Lalu Umar R.A pun sedekahkan manfaatnya (yakni berwakaf) dengan syarat tanah itu tidak boleh dijual beli, dihibahkan @ diwariskan.
- Riwayat Bukhari Muslim
Beginilah besarnya jiwa para sahabat dalam mengejar amalan untuk bekalan akhirat.
Wakaf Sebagai Hadiah Paling Afdal Dunia Akhirat
Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:
♦ Ibu bapa yang masih hidup @ meninggal dunia
♦ Ibu bapa yang masih hidup @ meninggal dunia
♦
Insan kesayangan
seperti anak, isteri @ sahabat
♦
Dihadiahkan pahala untuk mereka yang kita pernah hutang tapi terputus hubungan, dibuli, dikhianat, dll
Semoga dengan berwakaf atas nama mereka, dapatlah kita ‘menebus’ (dengan harapan mereka dapat pahala) kesilapan kita yang lalu.
Atas dasar itu, Yayasan Maghfirah membuka peluang untuk anda berwakaf serendah RM30 untuk naik taraf fasiliti di Maahad Tahfiz Al-Fateh, Batang Kali Selangor

Ke Mana Wang Wakaf Anda Digunakan?
Duit wakaf anda akan digunakan khas untuk membina bangunan baru 3 tingkat supaya lebih ramai lagi pelajar dapat masuk ke maahad ini.
Maahad Tahfiz Al-Fateh tercetus sejak tahun 2017 lagi atas tanah wakaf seluas 9 ekar.
Alhamdulillah, berkat sumbangan yang berterusan daripada alumni pelajar yang dah bekerjaya. Pihak pengurusan berjaya beli 14 ekar lagi tanah.

Sehingga kini kami telah bina bangunan 2 tingkat di atas tanah 23 ekar ini. Termasuk kolam renang, dewan, arena kuda, dll
Bezanya Maahad Tahfiz Al-Fateh ini berbanding pusat tahfiz yang lain;
➡️
Bukan sekadar hafal, tapi
perlu faham ayat
➡️
Jadi, bila pulang ke kampung
boleh beri tazkirah
➡️
Selain itu, ada juga disediakan tempat
memanah
➡️
Aktiviti untuk
belajar berkuda
➡️
Hujung minggu ada latihan
renang, silat, memasak
, dll
Harapannya, bila pelajar ini keluar. Mereka bukan setakat hafal Al-Quran. Tetapi mampu memberi manfaat pada masyarakat & kuat fizikal mental.

Misi Kami Besar, Tapi Dana Kami Kurang
Tanah seluas 14 ekar sudah ada, tapi dana sedia ada tak cukup untuk bina bangunan.
Pelajar sedia ada berjumlah 40+/-. Sasaran bila bangunan ini siap, ia mampu menampung 100 orang pelajar dalam satu-satu masa.
Bangunan 3 tingkat ini bakal menempatkan:
➡️ Asrama perempuan
➡️ Dewan terbuka
➡️ 21 buah kelas untuk pembelajaran
➡️ Tandas
Oleh itu, kami memohon para pewakaf yang dermawan untuk membantu kami jayakan misi ini. Insyaallah, setiap ayat yang dihafal oleh pelajar, anda akan raih pahalanya di akhirat.
Nabi sollahua’laihi wasallam bersabda:
مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ فَقَدْ غَزَا ، وَمَنْ خَلَفَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ بِخَيْرٍ فَقَدْ غَزَا
“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.”
[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]

Bagaimana Cara Anda Boleh Berwakaf?
Anda boleh berwakaf dengan pilih pakej di bawah:
➡️ Taja Jutawan = RM3000
➡️
Bantuan Peribadi Dermawan = RM500
➡️
Pakej A (5 Slot Wakaf) = RM150
➡️ Pakej B (3 Slot Wakaf) = RM90
➡️ Pakej C (1 Slot Wakaf) = RM30
Ayuh kita rebut pahala berwakaf ini sebelum ia penuh.
Mudah-mudahan Allah SWT luaskan rezeki dan hadiahkan ladang pahala buat anda yang sudi berwakaf.
Amin YRA.
Amin YRA.
NOTA PENTING: AKAD WAKAF
Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:
"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Maahad Tahfiz Al-Fateh yang dikelola oleh Yayasan Maghfirah”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : CIMB Bank
Nama : Yayasan Maghfirah
No akaun : 8603221427
Sila letakkan reference “ maahad ”