

Yayasan Maghfirah melancarkan Tabung Tahfiz Peradaban untuk membuka peluang kepada orang ramai membantu anak-anak tahfiz mendapat fasiliti dan kemudahan yang lebih baik di pusat tahfiz masing-masing. Dana yang terkumpul daripada tabung ini akan membantu beberapa buah tahfiz yang terpilih iaitu:
✔️Madrasah Tahfiz Seberang Tuan Chik
Objektif: Mencari dan mengumpulkan dana untuk menyiapkan pembinaan surau Madrasah Tahfiz pada tahun 2021 bagi kegunaan para pelajar tahfiz dan orang ramai.
✔️ Maahad Tahfiz Nur Syafaat
Objektif: Mencari dan mengumpulkan dana untuk menyiapkan pembinaan dan pengubahsuaian bangunan pusat pengajian kitab dan alim Maahad Tahfiz
✔️ Maahad Tahfiz Al-Quran Ar-Rasyid
Objektif: Mencari dan mengumpulkan dana untuk pembinaan sebuah dewan serbaguna 2 tingkat
✔️ Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan
Objektif: Mencari dan mengumpulkan dana untuk pembinaan bangunan akademik dan asrama untuk pelajar perempuan (2 Tingkat)
✔️ Maahad Akademi Tahfiz Indera Mahkota
Objektif: Mencari dan mengumpulkan dana untuk pembinaan fasa 2, bangunan akademik (4 tingkat) dan menyiapkan kerja-kerja penyambung paip utama dan membina jalan tar untuk pembinaan fasa 2
✔️ Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas
Objektif: Mencari dan mengumpulkan dana untuk pembinaan kompleks Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas (2 tingkat)
Sumbangan dari anda semua akan memastikan pusat-pusat tahfiz yang menyertai projek Tabung Tahfiz Peradaban ini akan mempunyai dana yang cukup untuk membangunkan sebuah bangunan yang lengkap dengan infrastruktur supaya para pelajar dapat belajar dalam keadaan selesa dan terjamin keselamatan. Para pelajar ini dapat membentuk potensi dan mencungkil bakat mereka dan cakna dengan keadaan realiti umat pada masa kini.
مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ فَقَدْ غَزَا ، وَمَنْ خَلَفَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ بِخَيْرٍ فَقَدْ غَزَا “Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.” [Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]
=====================================================
Ayuh rebut pahala infak membangunkan pusat-pusat tahfiz. Moga sedekah ini menjadi amal soleh sebagai bekalan untuk hari akhirat kerana anda telah membantu anak-anak huffaz ini menuntut ilmu Al-Quran.
Pakej sumbangan adalah seperti berikut:
️ ▶️ Infak 100 bata untuk setiap 2 tahfiz RM 60
️ ▶️ Infak 100 bata untuk setiap 3 tahfiz RM 100
️ ▶️️ Infak 200 bata untuk setiap 4 tahfiz RM 300
️ ▶️️ ️Infak 300 bata untuk setiap 5 tahfiz RM 600
▶️️️ Infak 500 bata untuk setiap 4 tahfiz RM 1000
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : CIMB Bank
Nama : Yayasan Maghfirah
No akaun : 8603221427
Sila letakkan reference “ TTP ”
Semoga amal dan sumbangan anda membantu pelajar-pelajar tahfiz ini diganjarkan dengan limpahan pahala yang besar. Aamiin..