Beramal bersama Coway melalui:
TABUNG RAIKAN RAMADAN BERSAMA ONE TEAM
“Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”
(Fatir : 29)
MISI BANTUAN MAKANAN ASNAF
Selain aktiviti promosi & perniagaan produk Coway. One Team Coway ingin menerapkan nilai kebajikan & kemasyarakatan melalui Tabung Raikan Ramadhan One Team.
Tabung Raikan Ramadan ini merupakan inisiatif bersama Yayasan Maghfirah sebuah pertubuhan kebajikan yang giat menyantuni golongan yang memerlukan.
Antara golongan yang akan menerima manfaat hasil sumbangan tabung ini adalah:
BAGAIMANA TABUNG INI DAPAT MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN MEREKA?
Antara cabaran sehari-hari golongan ini adalah untuk memastikan bekalan makanan & barangan asas sentiasa ada untuk meneruskan kelangsungan hidup diri & keluarga.
Justeru, kami telah membahagikan setiap keluarga untuk menerima barangan asas seperti:
✅ Beras
✅ Telur
✅ Tepung
✅ Gula
✅ Garam
✅ Kicap
✅ Biskut
✅ Sardin
✅ Minyak masak
Manakala sebahagian keluarga yang mempunyai anak akan menerima bantuan susu & lampin yang pada mereka sangat mahal harganya.
MARI KITA SEMARAKKAN RAMADAN DENGAN AMAL MULIA
Selain daripada berpuasa, berzikir, mengaji & juga urusan harian. Mari kita penuhi Ramadan ini dengan amalan yang cukup besar pahalanya iaitu bersedekah.
InshaAllah dengan sumbangan kalian untuk tabung ini untuk membantu golongan yang memerlukan akan memberi keberkatan & kemudahan dalam segala urusan di bulan Ramadan ini. Ia juga akan menjadi asbab Allah SWT menyuburkan rezeki individu yang bersedekah.
Pakej Infaq adalah seperti berikut:
➡️ Bantu 10 > 20 keluarga : RM 1000 ke atas
➡️ Bantu 5 > 9 keluarga : RM 500 ke atas