TABUNG KELESTARIAN OKU: HULURKAN BANTUAN SANTUNI
ORANG KURANG UPAYA 



YAYASAN MAGHFIRAH BERUSAHA MENUBUHKAN PROJEK MENYANTUNI OKU DENGAN OBJEKTIF:


 ✅ Mengumpulkan dana bagi tujuan menampung kos pengurusan
pusat dakwah OKU Akademi Faqeh 

 ✅ Membantu membangunkan aplikasi quran isyarat dan terjemahan mesra
bagi kegunaan OKU pendengaran 

 ✅ Membantu menampung kos terapi di pusat terapi swasta untuk anak-anak istimewa
dari keluarga yang kurang kemampuan




INFAQ 3 DALAM 1






RM 300 - Pusat Dakwah OKU (Akademi Faqeh) + Pembangunan Aplikasi Al-Quran Isyarat + Bantuan Terapi Anak Istimewa



PUSAT DAKWAH OKU (AKADEMI FAQEH)




Sepertimana anak-anak yang lain, anak-anak OKU ini juga berhak untuk memenuhi keperluan spiritual dengan Pendidikan Agama Islam. Walaubagaimanapun, setiap kanak-kanak OKU ini mempunyai kekangan dan masalah tersendiri mengikut kategori kecacatan. Oleh sebab itu, kelompangan dalam penawaran Pendidikan Islam menyebabkan ibu bapa yang dikurniakan anak OKU buntu dan juga sebahagian daripada mereka telah menghantar anak-anak mereka di pusat-pusat yang ditaja oleh bukan Islam.

Pusat Dakwah OKU Akademi Faqeh ini berfungsi utama memberikan kelas dan pendidikan Al-Quran kepada anak-anak OKU mengikut tahap pembelajaran mereka.  Anak-anak OKU ini diberikan pengajaran berasaskan modul atau kurikulum QurANIS yang menenkankan pengajaran seperti tahsin ibadan, terapi wudu', terapi tazkirah dan pelbagai lagi.




Jadi, MARI TUNJUKKAN KEPRIHATINAN KITA! Sumbangan tuan/puan mampu membantu anak-anak OKU ini agar mereka dapat mempelajari Al-Quran seterusnya menjadi insan yang lebih baik hasil daripada sumbangan tersebut.


BERAPAKAH YANG DIPERLUKAN?

RM 290,000 - Dana yang digunakan untuk menampung kos operasi pusat dakwah
RM 4000 - Penyediaan alat bantu mengajar, elaun guru dan sebagainya


PAKEJ SUMBANGAN

RM100 SAHAJA




INFAQ PEMBANGUNAN APLIKASI AL-QURAN ISYARAT




Terdapat pelbagai kategori OKU yang dapat dilihat pada masa kini dan angtaranya adalah OKU Pendengaran. Bagi golongan OKU Pendengaran ini, mereka memerlukan alatan khas dan istimewa untuk mereka mempelajari Al-Quran dengan lebih mudah dan teliti. 

Oleh itu, sebuah sistem aplikasi Al-Quran isyarat telah dibangunkan dan buat masa ini aplikasi tersebut tersedia dalam 2 platform peranti utama iaitu android dan iOS. Sebagai makluman, aplikasi tersebut terdiri daripada terjemahan mesra OKU Pendengaran juga disertakan dengan terjemahan dan teks ayat Al-Quran dibantu khas oleh video jurubahasa isyarat bagi mereka lebih mudah memahami kandungan ayat Al-Quran. 

 

 
Namun begitu, masih terdapat banyak lagi keperluan yang diperlukan untuk menghasilkan aplikasi Al-Quran isyarat ini antaranya menyempurnakan pembangunan keseluruhan 30 juzuk Quran secara berperingkat, meliputi keseluruhan aspek isi kandungan dan teknikaliti Quran Isyarat serta mengemaskini rekabentuk aplikasi bagi kedua-dua platform android dan iOS dengan paparan yang lebih menarik dan lancar. Aplikasi Quran isyarat ini sudah terbangun dengan 11 surah pillihan terdiri daripada Juz Amma (juz 30) dan Surah Al-Fatihah

BERAPAKAH YANG DIPERLUKAN?

RM290,000 - Dana diperlukan untuk membangunkan aplikasi Al-Quran isyarat untuk OKU Pendengaran
RM 100,000 - Setiap 1 Juz mempunyai lebih kurang 20 muka surat


PAKEJ SUMBANGAN

RM 100 SAHAJA




INFAQ BANTU TERAPI OKU





Anak-anak istimewa seperti autisme, down syndrome, disleksia dan sebagainya perlu mengikuti terapi secara berkala yang konsisten bagi memastikan perkembangan dan pemulihan diri mereka dalam keadaan baik. Sesi terapi di hospital kerajaan dengan kadar percuma tidak mampu menampung pesakit yang terlalu ramai, sehingga menyebabkan pesakit tidak dapat menerima rawatan secara konsisten dengan kekerapan yang mencukupi.

Bagi memastikan perkembangan diri pesakit pada keadaan yang baik, mengikuti terapi di pusat terapi swasta adalah pilihan alternatif namun bukan semua keluarga berkemampuan begitu. Oleh itu, bantuan ini diwujudkan bagi mengumpulkan dana membantu keluarga yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan terapi yang konsisten di pusat terapi swasta tertentu dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Maghfirah.





Perkembangan pemulihan diri anak-anak istimewa ini adalah lebih baik dengan terapi yang berkala dan konsisten. Dengan usaha ini, kita dapat membantu mengurangkan beban keluarga untuk menampung kos rawatan terapi yang mahal serta memberi peluang kepada pesakit dari keluarga kurang berkemampuan untuk pulih dan meningkatkan perkembangan diri dengan lebih baik sama seperti anak-anak yang berkemampuan.

Setakat ini, melalui bantuan ini, 2 orang remaja istimewa telah berjaya dibantu di Kuantan selama lebih 6 bulan dan telah menunjukkan kesan pemulihan yang baik. Oleh itu, ianya adalah tidak mustahil apabila lebih ramai anak-anak istimewa ini sembuh seperti anak-anak yang lain pada masa akan datang.


BERAPAKAH YANG DIPERLUKAN?

RM 200 - RM 300 - Dana yang diperlukan untuk menjalankan satu sesi terapi


PAKEJ SUMBANGAN

RM 100 SAHAJA




Kami juga menyediakan Infaq Bantuan Kelestarian OKU serendah RM 50 sahaja untuk tuan/puan dan hasil sumbangan tersebut akan diagihkan untuk setiap bantuan.



RM 50 - Infaq Bantuan Kelestarian OKU






BAGAIMANA TUAN/ PUAN BOLEH BERINFAQ?

Tuan/ Puan boleh menyalurkan INFAQ dalam bentuk:

 

 Infaq Jutawan = RM 1,000

Infaq Dermawan = RM 500

 Infaq 3 Dalam 1 = RM 300

✅ Infaq Pembangunan OKU Akademi Faqeh = RM 100

✅ Infaq Pembangunan Aplikasi Al-Quran Isyarat = RM 100

 Infaq Bantu Terapi OKU = RM 100

✅ Infaq Bantuan Kelestarian OKU = RM 50



Jika tuan/puan berniat untuk menyumbang namun tidak mahu mengikut pakej di atas boleh menyumbang sebanyak
RM 10, RM 20  atau RM 30 dan sebagainya  Ke Akaun Di Bawah:


Bank : MAYBANK



Nama : YAYASAN MAGHFIRAH



No Akaun : 562263552802


Sila letakkan reference “TabungKelestarianOKU03




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
RM1000 - INFAQ JUTAWAN TKOKU
RM500 - INFAQ DERMAWAN TKOKU
RM300 - INFAQ 3 DALAM 1
RM 100 - INFAQ PEMBANGUNAN PUSAT AKADEMI FAQEH
RM100 - INFAQ PEMBANGUNAN APPS ALQURAN ISYARAT
RM100- INFAQ BANTU TERAPI OKU
RM50- INFAQ BANTUAN KELESTARIAN OKU
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

BANTUAN ?