JIWA PEDULI : MISI TABUNG KECEMASAN LOCKDOWN
Lebih 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan sejak pandemik Covid-19 melanda.
[Berita Harian, 2020]
8.5 peratus usahawan 'tutup kedai' sejak Covid-19.
[Utusan Malaysia, 2021]
Kes tinggi, petugas barisan hadapan letih.
[Berita Harian, 2021]
Pahit, tetapi inilah realiti yang terpaksa kita telan. Ekoran pandemik Covid-19 ini, kesusahan demi kesusahan terpaksa ditanggung oleh rakyat .
Tahukah tuan/puan, disaat kita hidup dalam keselesaan dan mempunyai makanan dan minuman yang cukup, ada keluarga yang terpaksa mencatu makanan, mengikat perut kerana kesempitan hidup.
Ada yang di dapur mereka hanya mempunyai sangat sedikit bekalan beras untuk bertahan selama sebulan.
Bagaimana nasib mereka serta anak-anak?
Ada juga yang hilang pekerjaan disebabkan majikan terpaksa mengurangkan kos operasi akibat pandemik.
Ada peniaga kecil yang memerlukan kepada modal perniagaan, dengan harapan perniagaan yang diusahakan dapat menampung kehidupan harian.
Alangkah indahnya jika kita dapat meringankan beban mereka yang dalam kesusahan.
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (HR. Bukhari, no. 6465)
KEPERLUAN YANG AKAN DISUMBANGKAN
Misi Tabung Kecemasan Lockdown merupakan salah satu usaha Yayasan Maghfirah untuk menggalakkan kita bersama sama berkongsi rezeki dan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan. Tabung ini mensasarkan kepada golongan asnaf, peniaga kecil dan petugas barisan hadapan.
PENERIMA MANFAAT : GOLONGAN ASNAF
Pandemik menjejaskan ramai golongan asnaf. Ada yang kehilangan mata pencariaan dan sukar untuk menyara diri serta keluarga.
Beras di rumah semakin kehabisan, anak-anak pula perlukan susu dan lampin.
Mari kita pupuk sifat peduli terhadap jiran tetangga kita dengan hulurkan sumbangan untuk membantu golongan asnaf.
Jenis Bantuan
➡️ KEPERLUAN ASAS
➡️ KEBAJIKAN UMUM
PENERIMA MANFAAT : PENIAGA KECIL
Dengan penutupan sektor ekonomi dan tempoh perintah berkurung yang dijangka berpanjangan apakah nasib para peniaga kecil ini?
Dengan keuntungan perniagaan yang dijangka menurun. Mereka berdepan masalah untuk menstabilkan perniagaan yang tidak seberapa malah mungkin akan mengalami krisis modal untuk meneruskan perniagaan.
Ayuh kita hulurkan bantuan, bersama kita ringankan beban mereka di musim pandemik ini!
Kongsikan bersama dengan yang lain agar kita semua dapat membantu.
Jenis Bantuan
➡️ WANG MODAL
➡️PERALATAN KELENGKAPAN PERNIAGAAN
➡️ KHUSUS KEMAHIRAN NIAGA
PENERIMA MANFAAT: PETUGAS BARISAN HADAPAN
Dengan kes jangkitan melebihi paras ribuan dalam sehari, para petugas barisan hadapan sudah mula kelelahan berjuang ditambah pula dengan keadaan kapasiti hospital yang sudah mencapai tahap maksimum.
Ayuh tunjukkan solidariti kita. Jangan biarkan mereka berjuang bersendirian melawan pandemik yang sedang menular ketika ini. Jom berganding bahu bersama kami untuk melindungi mereka.
Sumbangan anda mampu membekalkan peralatan untuk mereka berjuang melawan Covid-19.
Jenis Bantuan
➡️ PERALATAN PERUBATAN SEPERTI PPE
➡️ KOTAK PELITUP MUKA
➡️ KOTAK PEMBASMI KUMAN
Dalam Hadis Nabi SAW, Daripada Abdullah ibnu Amru RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda: “Memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal serta orang yang engkau tidak kenali.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Semoga keprihatinan, sifat pemurah serta sumbangan ikhlas tuan/puan dibalas oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran, dimurahkan rezeki dan diberikan umur yang panjang berkat sedekah jariah ini.
#Maybank : 5622 6355 2802
#Penama : Yayasan Maghfirah
#Reference : Jiwa Peduli02
Tuan/puan boleh melampirkan resit ke:
https://wasap.my/60199221016/JiwaPeduli02OP