PANTAI TIMUR KEMBALI DILANDA BANJIR

!! TABUNG KECEMASAN BANJIR 2022 !!

(Rebut Peluang Bantu Mangsa Banjir Tanpa Turun ke Lapangan)



Sungguh menyayat hati..........

Baru sahaja menarik nafas lega selepas banjir buruk hujung tahun lalu tetapi sekali lagi Pantai Timur dilanda banjir . Siapa sangka banjir kembali melanda di Pantai Timur di bulan Februari! Pastinya mereka tidak sempat membuat sebarang persediaan.

 

Jumlah mangsa banjir kian meningkat di Kelantan, Terengganu & Pahang. Hati siapa yang tidak sayu melihat banyak keluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir akibat rumah mereka dinaiki air deras, ada yang kehilangan harta benda & peralatan rumah.

 

Beratnya beban yang terpikul di bahu mereka! Diuji dengan wabak, dalam waktu yang sama diuji dengan bencana alam.

 

Prihatin terhadap nasib mereka, tim Yayasan Maghfirah dan Skuad Kita Bantu turun padang menghulurkan bantuan. Inilah kesempatan berharga untuk meringankan beban mereka.

 

"Budi kebajikan (tolong-menolong) itu akan memelihara seseorang daripada ditimpa malang dan bahaya yang mendatang, bersedekah (membantu meringankan beban saudaranya) dalam keadaan sulit atau tersembunyi daripada pengetahuan umum akan menghapuskan kemurkaan Tuhan dan menjalinkan atau mengeratkan tali silaturahim (dengan sifat tolong-menolong) akan melanjutkan usia seseorang."

(Hadis Riwayat Thabrani)

Justeru, pada 1 Mac 2022Yayasan Maghfirah bersama Skuad Kita Bantu akan bertolak ke Terengganu untuk menyampaikan bantuan kepada  1100 buah keluarga mangsa banjir.  

Bantuan yang disampaikan berbentuk:

Maghfirah meals

Barangan keperluan Tidur

Alatan Pembersihan rumah  

Kit Kebersihan

Kit emosi 



Jom sama-sama bantu kami mencapai SASARAN bagi bantu lebih ramai mangsa banjir.


SASARAN DANA DIPERLUKAN:
  RM 300 000  


"KESUSAHAN MEREKA, KITA RINGKANKAN BERSAMA"


  BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU SAUDARA KITA YANG DILANDA BANJIR?

Tuan puan boleh salurkan sumbangan ke akaun Yayasan Maghfirah:



5622 6355 2802

#Penama : Yayasan Maghfirah

#Reference : Bencana02



 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ DERMAWAN - RM1000
PAKEJ KASIH - RM500
PAKEJ PRIHATIN - RM100
PAKEJ EHSAN - RM50
PAKEJ PEDULI - RM30
INFAQ SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN