APA JADI DENGAN ADIK NAILAH SEKARANG?

Alhamdulillah, kini Adik Nailah dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain selepas berjaya menjalani pembedahan Implan Koklea melalui Tabung Bantuan Perubatan 'Iqbal Khalid Initiative'. Tabung ini telah berjaya mendanai adik Nailah yang mengalami masalah pendengaran yang kronik.
Bantuan buat Adik Nailah melalui Tabung Bantuan Perubatan 'Iqbal Khalid Initiative' tidak akan berjaya tanpa sumbangan dan sokongan tuan puan semua. Terima kasih kami ucapkan kepada tuan puan yang telah menyumbang kepada kos perubatan Adik Nailah sekaligus memberi masa hadapan yang cerah buat Adik Nailah.
Nak lihat perkembangan Adik Nailah? Jom KLIK video di bawah!
Tuan puan, in shaa Allah Tabung ini akan diteruskan lagi untuk membantu kanak-kanak lain yang mengalami masalah pendengaran yang sama mendapatkan rawatan implan koklea yang menelan belanja ratusan ribu ringgit. Sumbangan dan usaha murni anda sebagai rakyat Malaysia yang prihatin akan membuka peluang dan ruang kepada anak-anak ini untuk menjalani kehidupan sama seperti anak-anak yang normal. Mereka akan dapat mendengar, dapat bertutur, dapat belajar secara normal.
Bukan itu sahaja, tabung ini juga akan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan perubatan tetapi tidak berkemampuan kerana kos yang mencecah ribuan bahkan ratusan ribu ringgit.

Semoga dengan sumbangan tuan puan walau sedikit dapat membantu memberi manfaat dan masa depan pada orang lain juga seperti Adik Nailah dan yang memerlukannya
Dari Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
مَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Maksudnya : Sesiapa yang mempermudahkan ke atas orang yang susah maka Allah akan mempermudahkan urusan dirinya di dunia dan juga di akhirat.
Riwayat Ibn Majah (2417)
=================================================================================
BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU ?
Tuan puan boleh salurkan sumbangan ke akaun Yayasan Maghfirah:
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
5622 6355 2802
#Penama : Yayasan Maghfirah
#Reference : IqbalKhalid02