Kongsi Bahagia
Dengan Berkongsi Rezeki Dengan Mereka Yang Memerlukan


MACAM MANA NAK BANTU MEREKA ?

Anda lihat ada orang mengemis di tepi jalan, ada yang berniaga di bawah terik panas matahari, ada yang mendukung anak kecil sambal menjaja. Bahkan, ada yang kehilangan rumah sekelip mata kerana bencana, ada yang merempat di tepi jalan tak mampu bayar sewa, ada anak yatim yang tidak mendapat pendidikan sebaiknya, ada anak-anak tahfiz yang belajar di bangunan usang, ada mahasiswa yang ikat perut tak makan.



Sebuah Kisah Realiti... Rahsia Ketabahan Seorang Anak Kecil Demi Keluarganya..

Adik ini  merentas tiga buah kampung berjalan kaki  mengikut jalan hutan

(melebihi 30 minit) untuk minta bantuan barangan asas daripada team kami di Sabah.

Maknya hanya kerja membasuh baju orang kampung. Itu pun kalau ada permintaan.

Disebabkan sudah terdesak dan sangat-sangat memerlukan makanan,

dia sanggup berjalan kaki sejauh itu seorang diri untuk pergi minta bantuan.

Petugas ini kesian tengok adik ini nak kena angkat beras 20 kg tu, mereka pun ikut hantarkan sampai ke rumah...

Rupa-rupanya, di sinilah rumah adik itu..






“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa

yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa

sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik

Pemberi Rezeki.”

(Surah Saba, 34:39)





 Tabung Kongsi Bahagia  adalah satu inisiatif Yayasan Maghfirah yang mengumpul dana

bagi membantu golongan asnaf, anak yatim, pelajar-pelajar tahfiz, orang kelainan

upaya (OKU), warga emas dan mereka yang memerlukan. Yayasan Maghfirah

berhasrat  menjadi jambatan yang menghubungkan antara penyumbang-penyumbang

dan mereka yang menerima manfaat. 


 

Berikut adalah antara projek yang dijalankan

oleh Yayasan Maghfirah :



1) Tabung Kelestarian OKU - Membantu komuniti OKU Penglihatan, Pendengaran dan

Masalah Pembelajaran dalam mengikuti kelas al-Quran dan Fardu Ain. Membantu

menampung kos terapi di pusat terapi swasta untuk anak-anak istimewa dari keluarga

kurang berkemampuan yang perlu mengikuti sesi terapi yang berkala secara konsisten.

2) Quran Braille - Mengumpul dana dan membantu penghasilan Al Quran braille kepada

OKU penglihatan Islam di Malaysia




3) Lestari Anak Yatim - Memberi bantuan berkala sama ada dalam bentuk kewangan

atau material bagi membantu pengurusan pusat perlindungan dan jagaan anak yatim.

Mendidik dan mengajar kefahaman akademik agama Islam yang lebih baik kepada

anak-anak yatim. 

4) Bantuan Peniaga Kecil - Membantu para peniaga kecil yang terjejas akibat wabak

covid. Menyediakan dana untuk menampung keperluan seperti modal, peralatan

perniagaan atau kemahiran yang cukup untuk berniaga.



5) Pusat Dakwah Remaja - .Mengumpul dan melahirkan kader dakwah dalam kalangan para remaja dan belia. Pusat dakwah yang prihatin terhadap kebajikan masyarakat terutama belia yang dalam kesusahan seperti daripada keluarga golongan B40.

6) Tahfiz Peradaban - Menyalurkan dana bagi pembangunan maahad tahfiz yang terjejas kewangan. Kempen ini bertujuan membantu anak-anak tahfiz ini belajar dengan kemudahan yang lebih baik dan selesa.


Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.

Itu janji Allah dalam Al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(Surah al-Baqarah, ayat 261)


Dana Kongsi Bahagia ini membantu pasukan Yayasan Maghfirah menjalankan kerja-kerja kebajikan di seluruh Malaysia. Membantu anak yatim, anak-anak tahfiz adalah antara misi kami. Jika tuan/puan ingin membantu projek-projek kami, salurkan sumbangan Tuan/Puan ke akaun :


860 322 1427

Yayasan Maghfirah

#Reference : KongsiBahagia01


Tuan/puan boleh melampirkan resit ke:
https://wasap.my/601164001649/KongsiBahagia


Semoga keprihatinan, sifat pemurah serta sumbangan ikhlas tuan/puan dibalas oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran, dimurahkan rezeki dan diberikan umur yang panjang berkat sedekah jariah ini.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
KONGSI BAHAGIA PAKEJ PLATINUM [RM 1,000]
KONGSI BAHAGIA PAKEJ EMAS [RM 500]
KONGSI BAHAGIA PAKEJ PERAK [RM 300]
KONGSI BAHAGIA PAKEJ BERLIAN [RM 100]
KONGSI BAHAGIA PAKEJ PERMATA [RM 50]
KONGSI BAHAGIA PAKEJ GANGSA [RM 30]
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

BANTUAN ?