.png)
.jpg)
.jpg)
Sebuah Kisah Realiti... Rahsia Ketabahan Seorang Anak Kecil Demi Keluarganya..
Adik ini merentas tiga buah kampung berjalan kaki mengikut jalan hutan (melebihi 30 minit) untuk minta bantuan barangan asas daripada team kami di Sabah. Maknya hanya kerja membasuh baju orang kampung. Itu pun kalau ada permintaan. Disebabkan sudah terdesak dan sangat-sangat memerlukan makanan, dia sanggup berjalan kaki sejauh itu seorang diri untuk pergi minta bantuan. Petugas ini kesian tengok adik ini nak kena angkat beras 20 kg tu, mereka pun ikut hantarkan sampai ke rumah... Rupa-rupanya, di sinilah rumah adik itu..
Tabung Kongsi Bahagia adalah satu inisiatif Yayasan Maghfirah yang mengumpul dana bagi membantu golongan asnaf, anak yatim, pelajar-pelajar tahfiz, orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan mereka yang memerlukan. Yayasan Maghfirah berhasrat menjadi jambatan yang menghubungkan antara penyumbang-penyumbang dan mereka yang menerima manfaat.
Berikut adalah antara projek yang dijalankan
oleh Yayasan Maghfirah :
.jpg)
1) Tabung Kelestarian OKU - Membantu komuniti OKU Penglihatan, Pendengaran dan Masalah Pembelajaran dalam mengikuti kelas al-Quran dan Fardu Ain.
Membantu menampung kos terapi di pusat terapi swasta untuk anak-anak istimewa dari
keluarga kurang berkemampuan yang perlu mengikuti sesi terapi yang berkala secara konsisten.
2) Quran Braille - Mengumpul dana dan membantu penghasilan Al Quran braille kepada OKU penglihatan Islam di Malaysia
3) Lestari Anak Yatim - Memberi bantuan berkala sama ada dalam bentuk kewangan atau material bagi membantu pengurusan pusat perlindungan dan jagaan anak yatim. Mendidik dan mengajar kefahaman akademik agama Islam yang lebih baik kepada anak-anak yatim.
4) Bantuan Peniaga Kecil - Membantu para peniaga kecil yang terjejas akibat wabak covid. Menyediakan dana untuk menampung keperluan seperti modal, peralatan perniagaan atau kemahiran yang cukup untuk berniaga.
5) Pusat Dakwah Remaja - .Mengumpul dan melahirkan kader dakwah dalam kalangan para remaja dan belia. Pusat dakwah yang prihatin terhadap kebajikan masyarakat terutama belia yang dalam kesusahan seperti daripada keluarga golongan B40.
6) Tahfiz Peradaban - Menyalurkan dana bagi pembangunan maahad tahfiz yang terjejas kewangan. Kempen ini bertujuan membantu anak-anak tahfiz ini belajar dengan kemudahan yang lebih baik dan selesa.
Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.
Itu janji Allah dalam Al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 261)
.jpg)
860 322 1427
Yayasan Maghfirah
#Reference : KongsiBahagia01
Tuan/puan boleh melampirkan resit ke:
https://wasap.my/601164001649/KongsiBahagia
Semoga keprihatinan, sifat pemurah serta sumbangan ikhlas tuan/puan dibalas oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran, dimurahkan rezeki dan diberikan umur yang panjang berkat sedekah jariah ini.