Manfaatkan Harta Kita Untuk Orang Lain -
Berkongsi Bersama Raih Pahala Berpanjangan
Bantu kami cetak 200 NASKHAH QURAN BRAILLE
untuk OKU Penglihatan
Yayasan Maghfirah dengan Kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) kini dalam usaha mengumpul dana bagi mencetak 2,400 naskhah Quran Braille dan juga kitab-kitab braille khusus untuk golongan OKU Penglihatan Islam di seluruh Malaysia
Untuk makluman tuan/puan, (PERTIS) sebenarnya telah ditubuhkan dan diasaskan sejak 1996 lagi. Ini adalah satu-satunya persatuan OKU yang diiktiraf oleh JAKIM untuk menghasilkan Quran Braille di Malaysia
Malahan juga, Quran Braille ini mempunyai jangka hayat selama lima tahun dan disebabkan ini perlu dicetak berulang kali agar butiran kod-kod braille tidak kekal hilang setelah disentuh dan boleh diguna pakai semula oleh mereka pada masa akan datang.
Bayangkan setiap satu huruf Quran Braille yang mereka baca ada 10 kali ganda pahala buat tuan/puan
Ramai OKU Penglihatan mengalami masalah ketika sudah berusia. Walaubagaimanapun, ini tidak menjadikan semangat mereka pudar malah terus berusaha untuk mendalami dan mempelajari al-Quran dengan tabah dan sabar.


Syukur kepada Allah atas usaha keras, berkat kesabaran dan kegigihan beliau untuk membaca, mempelajari al-quran,
dan menguasai al-Quran ini,
akhirnya membuahkan hasil yang cemerlang.
Ayuh Tuan Puan, kita terus memberikan sokongan dan perhatian buat mereka. Alangkah indahnya jika kita sama-sama menginfakkan sedikit harta untuk membantu ribuan saudara kita yang cacat penglihatan untuk mempelajari al-quran. Hal ini merupakan salah satu amalan jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran yang besar disisiNya keran a pahalanya tidak akan terputus meskipun orang yang menderma @ mewakafkan itu sudah meninggal dunia. InsyaAllah.
Rasulullah SAW bersabda:
“Salah satu amal kebaikan yang
pahalanya terus terbawa kepada si mati sampai ke alam kuburnya
adalah sedekah dan
mewariskan (menginfakkan) mushaf Al-Quran
”
[HR Bukhari]
[HR Bukhari]
Justeru, Yayasan Maghfirah melancarkan
kempen Infaq Quran Braille

Mudah-mudahan setiap naskhah Al-Quran yang diinfaqkan oleh tuan puan dapat memberi sinar kebahagiaan buat mereka.