
KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?
Jom rebut pahala dengan infak al-Quran bagi mereka yang memerlukan!![]()
Pernahkah kita terfikir, sebenarnya masih ada insan yang tidak mampu mendapatkan Al-Quran untuk dirinya. Alangkah indah dan seronoknya jika mereka menerima hadiah senaskah Al-Quran yang kita wakafkan.
Seperti yang kita tahu, al-Quran merupakan wahyu Allah SWT yang dapat memberi lebih 1001 kebaikan yang besar dalam kehidupan manusia. Antaranya, al-Quran ialah sumber ilmu pengetahuan, sumber kebenaran dan sumber ketenangan.
JOM SERTAI INFAK AL-QURAN!
Yayasan Maghfirah membuka peluang kepada anda semua untuk berinfak al-Quran, sekaligus menaja anak-anak asnaf mempelajari al-Quran.
Setiap infak senaskhah al-Quran yang disalurkan secara tidak langsung juga telah menaja seorang kanak-kanak asnaf mempelajari al-Quran untuk tempoh sebulan melalui Program Sahabat al-Quran (SAQ) anjuran Yayasan Maghfirah.
TENTANG KELAS SAHABAT AL-QURAN (SAQ)
Kelas Sahabat al-Quran (SAQ) ialah sebuah program pendidikan bermodul yang memfokuskan pengajian al-Quran dan penerapan asas kefahaman Islam.
Kelas ini bukan sahaja menekankan pendidikan al-Quran dari sudut bacaan dan tajwid, tetapi juga penekanan kefahaman mengenai isi al-Quran, praktikal fardhu ain dan kefahaman Islam agar dapat dipraktikkan serta diterjemahkan kepada akhlak dan adab pelajar.
Kelas SAQ mengandungi 8 modul yang menarik:
✔ Tajwid
✔ Sirah
✔ Hadith
✔ Aktiviti Palestin
✔ Tafsir
✔ Akidah
✔ Ibadah
✔ Aktiviti Khas
KENAPA PERLU BERINFAK?
Rasulullah SAW bersabda:
“Salah satu amal kebaikan yang pahalanya terus terbawa kepada si mati sampai ke alam kuburnya adalah sedekah dan mewariskan (menginfakkan) mushaf Al-Quran"[HR Bukhari]
"Bersedekah Sebagai Amalan Jariah, Bekalan Kita di Akhirat"
Apaila Tuan Puan taja al-Quran dan kelas SAQ buat mereka yang memerlukan, bayangkanlah pahala yang bakal mengalir buat Tuan Puan setiap kali penerima membaca al-Quran tersebut.
Selagi ilmu yang mereka pelajari dari kelas SAQ dimanfaatkan dalam kehidupan, selagi itulah ganjaran dan kebaikan terus dikurniakan walaupun setelah Tuan Puan meninggal dunia.
BAGAIMANA CARA INFAK?
Tuan Puan boleh memilih pakej sumbangan dibawah
ATAU
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in
ke akaun dibawah:
YAYASAN MAGHFIRAH
CIMB ISLAMIC: 8603 2214 27
Sila letakkan reference: Quran58