QURAN FOR ALL :
"Mari bersama Yayasan Maghfirah, mewakafkah Al-Quran kepada Asnaf di Seluruh Malaysia."
Program INFAQ Al-QURAN FOR ALL adalah untuk memupuk
pembudayaan pembacaan Al-Quran dalam masyarakat secara umumnya dengan mewakafkan
naskhah Al-Quran ke tempat-tempat yang memerlukan di seluruh Malaysia.
Projek ini adalah di bawah kelolaan YAYASAN
MAGHFIRAH. Projek ini adalah untuk membantu golongan asnaf, rumah
perlindungan/kebajikan.
Projek INFAQ AL-QURAN FOR ALL boleh membantu
anda dalam mengumpul pahala amal jariah semasa hidup untuk bekalan di akhirat
kelak.
Anda beli Al-Quran dan kami bantu edar dan infaqkan
bagi pihak anda atau orang yang tersayang dan arwah keluarga anda kepada golongan
asnaf, rumah perlindungan atau kebajikan serta kepada mereka yang memerlukan.
KELEBIHAN
BERINFAQ
Allah Subhanahuwata’ala membuat perumpamaan
pahala bagi orang yang menginfaqkan harta mereka di jalan Allah SWT, dengan
menyatakan bahawa ganjaran untuk mereka adalah berlipat ganda sepertimana
bergandanya sebiji benih apabila ia ditanam. Allah SWT akan melipat gandakan
ganjaran dan pahalanya, melebihi infaqnya. Dan Allah SWT akan menggantikan
untuk mereka dengan ganjaran yang lebih baik.
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)
Rasulullah SAW sendiri amat menggalakkan
umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud :
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka
terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua
ibubapanya”.
(Hadis Riwayat Muslim)
BAGAIMANA CARA UNTUK BERINFAQ ?
Oleh itu, kami dari YAYASAN MAGHFIRAH
mengambil peluang ini untuk menyediakan platform yang memudahkan semua untuk
sumbangan wakaf Al-Quran kepada mereka yang memerlukan. Melalui platform ini,
penyumbang tidak perlu risau kerana platform ini memudahkan proses sumbangan wakaf
saudara dengan lebih cepat dan mudah.
1. Golongan Asnaf
2. Rumah Perlindungan Atau Kebajikan
3. Mereka Yang Memerlukan
BERAPA
NILAI UNTUK SENASKAH AL-QURAN?
YAYASAN MAGHFIRAH membuka peluang infaq
Al-Quran sebanyak RM60 untuk satu nama.
InsyaAllah, dengan infaq Al-Quran anda semua
mampu memberikan senyuman kepada mereka. Setiap hari pahala terus mengalir
ketika mana mereka mengulang-ngulang hafalan yang telah diinfaqkan untuk
mereka.
Yayasan Mahgfirah menyediakan pakej untuk
berwaqaf seperti di bawah:
TAJAAN 1 UNIT
: RM60
TAJAAN 2 UNIT
: RM120
TAJAAN 3 UNIT : RM180
TAJAAN 4 UNIT : RM240
TAJAAN 5 UNIT : RM300
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :