PELANCARAN RAIKAN RAMADAN BERSAMA
YAYASAN MAGHFIRAH
Ayuh saksikan pelancaran Raikan Ramadan secara LIVE pada 4 Mac ini !
APA YANG MENARIK RAMADAN KALI INI?
Sepanjang Mac hingga April, Tim Yayasan Maghfirah akan menjalankan 5 projek utama:
1. Kempen Kongsi Rezeki
2. Infaq Quran
3. Ramadan Timur Tengah
4. 30 Hari 30 Sedekah
5. Cabaran 1000 Bulan.
RM 1,000,000
AGIHAN DISASARKAN UNTUK PENERIMA MANFAAT
Agihan bantuan bulan Ramadan kali ini berbentuk pek iftar, bantuan barangan asas, bantuan persiapan raya dan duit raya. Bantuan ini akan dimanfaatkan oleh ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin, pusat tahfiz, mahasiswa dan pusat jagaan warga emas.
Bukan itu sahaja, buat julung kalinya, Yayasan Maghfirah akan melaksanakan Majlis Amal Maghfirah yang bertujuan untuk meraikan asnaf, anak yatim, pelajar tahfiz dan para pelajar kelas al-Quran tajaan Yayasan Maghfirah.
HARAPAN RAMADAN YAYASAN MAGHFIRAH
Selepas pelancaran ini berlansung, maka bermulalah gerak kerja kami untuk gencarkan lagi kempen Raikan Ramadan. Semoga usaha ini mendapat sokongan dan doa daripada tuan puan. Mudah-mudahan, lebih ramai penerima manfaat dapat kita santuni pada Ramadan 2022 ini.
Kami percaya projek Raikan Ramadan bakal menjadikan Ramadan mereka kali ini lebih bermakna.
Tuan puan, inilah masanya untuk kita menggandakan pahala. Rebutlah kebaikan dunia selagi umur masih tersisa. Sebelum kita akhiri bulan Rejab, apa kata kita hidupkan amalan bersedekah sebagai tanda persediaan kita menuju bulan Syaaban dan seterusnya bertemu dengan Ramadan....
Oleh itu, Yayasan Maghfirah ingin mengajak masyarakat Malaysia untuk meraikan Ramadan dengan merancang amal ibadah dan berinfak bersama Yayasan Maghfirah. Wadah Dakwah Anda.
#Maybank : 5622 6355 2802
#Penama : Yayasan Maghfirah
#Reference : Ramadan02