BANTU PELAJAR ASNAF MALAYSIA DI MESIR YANG TERJEJAS!!


Misi bantu pelajar Malaysia ( bertaraf asnaf) di Mesir dapatkan kemudahan belajar dan asrama lebih baik dengan pembangunan Pusat Dakwah Darul Maghfirah



Mesir merupakan negara yang tidak putus kedatangan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran. Bila sebut sahaja mahasiswa Malaysia di Mesir, pasti ramai yang terbayang lulusan Al-Azhar, hafiz Quran & pakar hadis.

Namun, tidak ramai yang sedar bahawa terdapat banyak kisah sedih para mahasiswa yang tidak berjaya menamatkan menamatkan pelajaran di sana kerana dihimpit dengan pelbagai kesusahan untuk belajar!


TAK MAMPU TAMPUNG KOS, PELAJAR TERPAKSA BEKERJA SEHINGGA MENGABAIKAN PELAJARAN!

Hakikatnya, ramai antara mahasiswa di sana terdiri daripada keluarga asnaf. Ada yang tidak mendapat tajaan tetapi berusaha sendiri mengumpul wang untuk terus bertahan di sana. Ada yang terpaksa bekerja sambilan sehingga TERPAKSA mengabaikan pelajaran demi menampung kos sara hidup untuk terus bertahan di sana.



Sesetengah pelajar yang tidak mendapat tajaan terpaksa bekerja sambilan demi menanggung kos pengajian sehingga mengabaikan pelajaran

 

KOS RUMAH SEWA NAIK 10% HINGGA 20% SETAHUN

Ini adalah sebahagian budaya yang biasa di sana. Setiap tahun, tuan rumah sewa akan menaikkan caj sewa kepada penyewa termasuk kepada pelajar-pelajar Malaysia. Malah ada antara tuan rumah akan meminta kos tambahan luar dari kontrak setiap bulan. Hal ini menjadi beban yang cukup berat kepada mahasiswa sehingga ada yang dihalau keluar rumah kerana mempertahankan hak mereka.

Saksikan sendiri video dibawah. Inilah bukti kesusahan yang dihadapi oleh segelintir pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Sedih, tapi inilah realiti yang dihadapi oleh mereka.

Kos sewa rumah di Mesir begitu membebankan dengan keadaan rumah yang tidak sebaik di Malaysia


ISU KURANGNYA KELAS TAMBAHAN DI LUAR KAMPUS

Perubahan dasar kerajaan Mesir pada tahun 2013 menyebabkan kelas-kelas pengajian agama hanya dihadkan kepada institusi di bawah Al-Azhar sahaja dan tiada lagi kelas pengajian di Masjid. Bayangkan dengan jumlah kelas yang terhad, kecil dan sempit  dan bilangan pelajar Malaysia yang mengambil jurusan pendidikan Islam melebihi 20,000 menyebabkan mereka tidak dapat belajar dalam suasana yang kondusif.



                 Keadaan kelas di sana tidak kondusif adakalanya terpaksa berhimpit & duduk di atas lantai kerana tiada ruang yang cukup


Hakikatnya ada antara anak-anak pelajar kita di sana yang tidak dapat menahan tekanan ini & membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembelajaran


JALAN PENYELESAIANNYA...

Mari bersama Yayasan Maghfirah, membantu mengatasi masalah yang dihadapi mahasiswa & mahasiswi kita di sana melalui Wakaf Pembangunan Darul Maghfirah.

Bangunan ini merupakan satu inisiatif memberi keselesaan yang lebih baik kepada para mujahid ilmu kita. Siapa yang tidak mahu lihat anak-anak pelajar kita di sana dijauhkan daripada masalah yang tidak sepatutnya mereka lalui serta pulang ke tanah air menjadi para ulama & ilmuwan yang disegani.


Bangunan Darul Maghfirah yang mempunyai 7 tingkat ini akan menyediakan:


➡️  Asrama bagi 100 mahasiswa Malaysia di Mesir yang tergolong dalam golongan B40
➡️  Sebuah perpustakaan yang lengkap
➡️ 3 kelas dan 2 dewan yang boleh memuatkan 100 orang dalam satu-satu masa
➡️ Dewan makan untuk mahasiswa yang menetap di asrama

➡️ Sebuah Surau


 


Seluruh ruang bangunan akan memuatkan:


➡️ 100 orang mahasiswa Malaysia untuk 4 tingkat asrama

➡️ 100 orang mahasiswa Malaysia untuk 3 kelas dan 2 dewan pengajian
➡️ 100 orang penduduk asrama untuk 1 dewan makan
➡️ 30 orang mahasiswa untuk kegunaan perpustakaan dalam satu-satu masa



Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda :

“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (sedekah berpanjangan), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

(HR Muslim)





Bayangkan, pelajar yang anda bantu ini  kembali ke tanah air, mereka mengajar ilmu agama dan Al-Quran, anda turut mendapat pahala. Bahkan pahala yang berpanjangan.


Berapakah pahala anda yang sudah berlipat kali ganda? Ya, tidak terkira. Jom sama-sama bantu kami mencapai SASARAN bagi pembangunan Darul Maghfirah.



SASARAN DANA
  RM 5.8 JUTA  


Tuan/Puan boleh pilih pakej di bawah mengikut kemampuan:

➡️ Wakaf Pembangunan Surau - 1 Lot RM300
➡️ Wakaf Kelas Pengajian - 1 Lot RM200
➡️ Wakaf Pembangunan Asrama - 1 Lot RM100
➡️ Wakaf Pembangunan Perpustakaan - 1 Lot x RM50
➡️ Wakaf Kantin - 1 Lot RM50
➡️ Wakaf Seikhlas Hati - RM15

Ayuh kita rebut pahala ini, sebelum ia ditutup.

Percayalah, bantuan tuan puan semua bukan sekadar memberi manfaat jangka masa pendek, bahkan turut menjadi saham jangka panjang pahala Tuan-tuan/Puan-puan kerana bangunan dakwah ini akan kekal digunakan oleh penuntut-penuntut ilmu di Al-Azhar, Mesir. Moga pahala ini dapat menghapus dosa di dunia dan membawa Tuan Puan ke syurga di akhirat kelak.

Allah SWT Berfirman:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيم
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

(Surah al-Baqarah: 261)


BAGAIMANA UNTUK BERWAKAF?
Pilih pakej menarik yang disediakan di bawah. Jika tuan/puan berniat untuk menyumbang tetapi tidak mahu mengikut pakej di atas boleh menyumbang sebanyak RM 10, RM 20 & RM 30 dan sebagainya ke akaun di bawah:

Nama :Yayasan Maghfirah

No akaun : 5622 6355 2802

Sila letakkan reference “ Skuad02 ”


Semoga amal dan sumbangan anda membantu pelajar kita di bumi anbiya' diganjarkan dengan limpahan pahala yang besar. Aamiin..




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf Pembangunan Surau- 1 Lot x RM300
Wakaf Kelas Pengajian- 1 Lot x RM50
Wakaf Pembangunan Asrama- 1 Lot x RM100
Wakaf Pembangunan Perpustakaan- 1 Lot x RM50
Wakaf Pusat Komuniti - 1 Lot x RM50
PAKEJ SERENDAH RM15
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN

BANTUAN ?