Anak-anak Pelarian Syria Diancam Kebuluran,
Krisis Ekonomi Negara yang Ditumpang Makin Meruncing
Pelarian-pelarian Syria hidup dalam keadaan serba daif selepas terperangkap dalam krisis. Bayangkan purata harga sekotak barangan asas bersamaan dengan purata bulanan pendapatan mereka. Mereka tinggal di dalam khemah usang diperbuat daripada plastik kanvas. Tempat teduhan yang saiznya hanya ibarat sebuah bilik tidur didiami oleh sebuah keluarga yang mempunyai 9 orang anak.. Allahu,, tak terbayang bebanan yang mereka tanggung. Sungguh simpati melihat renungan sayu mata si kecil yang meminta makanan apabila kami tiba di kem pelarian.
Baru-baru ini, negara yang mereka menumpang juga mengalami krisis. Cuba bayangkan apa nasib pelarian-pelarian Syria apabila kos sara hidup di Lubnan meningkat dan bekalan gandum, roti juga tidak mencukupi. Rentetan peper4angan yang sedang berlaku, harga bahan mentah terutamanya minyak masak jugak naik mendadak.
Lebih 6.5 juta rakyat Syria menjadi pelarian sejak
2011-2022. Mereka tiada peluang untuk mengubah nasib mereka. Hanya berteduh di
dalam khemah kanvas. Makanan juga mereka perlu bergantung kepada bantuan luar
kerana kos sara hidup yang semakin tinggi.
Setiap hari mereka berdoa kalau-kalau ada bantuan yang
datang kepada mereka, bantuan dari saudara-saudara Muslim lain. Kami mengajak anda semua untuk sama-sama menggembirakan saudara-saudara kita yang menjadi pelarian di Lubnan terutamanya.
Bersedekah untuk berkongsi rezeki. Merasai manisnya nikmat memberi.


Yayasan Maghfirah penjadi penghubung anda yang dermawan di luar sana dengan mereka-mereka yang memerlukan bantuan. Kempen Ramadan Timur Tengah menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim, pelarian, pelajar-pelajar asnaf dan golongan kurang berkemampuan bagi merasai nikmat Ramadan dan Syawal.
Bantuan akan disalurkan kepada :
-
Anak-anak Yatim Syria kerana peperangan
- Ibu Tunggal dan Keluarga pelarian Syria di Lubnan
Kali ini peluang kebajikan untuk anda ceriakan mereka. Rasulullah sangat menganjurkan kita memberi makan orang-orang yang susah terutamanya saudara seislam kita. Rasulullah sayang pada umatnya yang prihatin pada saudara seislam. Imam Jalaluddin al-Suyuti menyebutkan terdapat satu hadis Nabi SAW mengenai orang yang akan mendapatkan perlindungan di bawah Arasy Allah SWT. Dia adalah orang yang memberi makanan kepada orang yang lapar.
Bank : CIMB Bank
Nama : Yayasan Maghfirah
No akaun : 8603221427
Sila letakkan reference “ BTT55”
Tuan/puan boleh melampirkan resit ke: