Anak-anak Pelarian Syria Diancam Kebuluran,

Krisis Ekonomi Negara yang Ditumpang Makin Meruncing


Pelarian-pelarian Syria hidup dalam keadaan serba daif selepas terperangkap dalam krisis. Bayangkan purata harga sekotak barangan asas bersamaan dengan purata bulanan pendapatan mereka. Mereka tinggal di dalam khemah usang diperbuat daripada plastik kanvas. Tempat teduhan yang saiznya hanya ibarat sebuah bilik tidur didiami oleh sebuah keluarga yang mempunyai 9 orang anak.. Allahu,, tak terbayang bebanan yang mereka tanggung. Sungguh simpati melihat renungan sayu mata si kecil yang meminta makanan apabila kami tiba di kem pelarian.

Baru-baru ini, negara yang mereka menumpang juga mengalami krisis. Cuba bayangkan apa nasib pelarian-pelarian Syria apabila kos sara hidup di Lubnan meningkat dan bekalan gandum, roti juga tidak mencukupi. Rentetan peper4angan yang sedang berlaku, harga bahan mentah terutamanya minyak masak jugak naik mendadak.


Lebih 6.5 juta rakyat Syria menjadi pelarian sejak 2011-2022. Mereka tiada peluang untuk mengubah nasib mereka. Hanya berteduh di dalam khemah kanvas. Makanan juga mereka perlu bergantung kepada bantuan luar kerana kos sara hidup yang semakin tinggi.


Setiap hari mereka berdoa kalau-kalau ada bantuan yang datang kepada mereka, bantuan dari saudara-saudara Muslim lain. Kami mengajak anda semua untuk sama-sama menggembirakan saudara-saudara kita yang menjadi pelarian di Lubnan terutamanya. 

Bersedekah untuk berkongsi rezeki. Merasai manisnya nikmat memberi. Hakikat kebahagiaan abadi adalah dengan membahagiakan orang lain. Bantuan makanan 'hotmeals', sumbangan barangan asas dan hadiah untuk anak yatim Syria antara bantuan yang akan kami sampaikan dari anda semua, para dermawan di luar sana.



Yayasan Maghfirah penjadi penghubung anda yang dermawan di luar sana dengan mereka-mereka yang memerlukan bantuan. Kempen Ramadan Timur Tengah menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim, pelarian, pelajar-pelajar asnaf dan golongan kurang berkemampuan bagi merasai nikmat Ramadan dan Syawal.


Bantuan akan disalurkan kepada :

-          Anak-anak Yatim Syria kerana peperangan

-          Ibu Tunggal dan Keluarga pelarian Syria di Lubnan



Kali ini peluang kebajikan untuk anda ceriakan mereka. Rasulullah sangat menganjurkan kita memberi makan orang-orang yang susah terutamanya saudara seislam kita. Rasulullah sayang pada umatnya yang prihatin pada saudara seislam. Imam Jalaluddin al-Suyuti menyebutkan terdapat satu hadis Nabi SAW mengenai orang yang akan mendapatkan perlindungan di bawah Arasy Allah SWT. Dia adalah orang yang memberi makanan kepada orang yang lapar.


Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan."
Riwayat at-Tabrani

Semoga amal dan sumbangan anda membantu pelarian Syria di Lubnan diganjarkan dengan limpahan pahala yang besar dan berlipat-lipat ganda. Aamiin..

=====================================================
BAGAIMANA UNTUK MENGINFAQ DAN MENYUMBANG?
Pilih pakej menarik yang disediakan di bawah. Jika tuan/puan berniat untuk menyumbang tetapi tidak mahu mengikut pakej di atas boleh menyumbang sebanyak RM 10 & RM 15 dan sebagainya ke akaun di bawah:

Bank :  CIMB Bank

Nama :  Yayasan Maghfirah

No akaun :  8603221427

Sila letakkan reference “ BTT 55 

Tuan/puan boleh melampirkan resit ke:

https://wasap.my/601164001649/BTT55


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Taja 10 Set Makanan Hotmeals - (RM 500)
Taja Hadiah Untuk 3 Anak Yatim - (RM 300)
Taja Pek Barangan Asas - (RM 200)
Taja Baju Baru Anak Yatim - (RM 100)
Taja Makanan (Hotmeal) - (RM 50)
Sumbangan Ikhlas - (RM 30)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

BANTUAN ?