Rebut peluang bantu 5000 mangsa banjir
(Taja 1 pek Makanan)
Apa itu Maghfirah Meals?
Untuk makluman tuan puan, Maghfirah meals merupakan pek makanan siap dimasak yang diawetkan menggunakan kaedah retort. Malah, ianya turut dilengkapi dengan pelbagai jenis lauk daging dan nasi yang sedia ada bagi memudahkan untuk diagih kepada mereka (asnaf) yang memerlukan.
Salah satu kepentingannya adalah mangsa kecemasan bencana boleh terus makan pek Maghfirah Meal tanpa perlu bersusah payah untuk masak. Secara tidak langsung, makanan ini dapat membantu dan meringankan beban setiap golongan penerima.
Siapakah Yayasan Maghfirah akan bantu?
Tim Yayasan Maghfirah komited membantu dan mengajak tuan puan berkongsi rezeki buat mereka yang terjejas. Bantuan ini akan diagihkan kepada:
➡️ Golongan mangsa kecemasan bencana (Terutama mangsa-mangsa banjir di Klang, Shah Alam & Negeri lain yang ditimpa banjir)
➡️Golongan asnaf yang memerlukan.
"Budi kebajikan (tolong-menolong) itu akan memelihara seseorang daripada ditimpa malang dan bahaya yang mendatang, bersedekah (membantu meringankan beban saudaranya) dalam keadaan sulit atau tersembunyi daripada pengetahuan umum akan menghapuskan kemurkaan Tuhan dan menjalinkan atau mengeratkan tali silaturahim (dengan sifat tolong-menolong) akan melanjutkan usia seseorang."
(Hadis Riwayat Thabrani)
Jadi, pihak Yayasan Maghfirah sangat mengalu-alukan bantuan dan sumbangan tuan puan. Percayalah, sekecil-kecil pertolongan tuan puan amat bermakna bagi mangsa bencana yang amat memerlukan.
Di kesempatan ini, kami doakan moga-moga keprihatinan, sifat pemurah serta sumbangan ikhlas tuan puan dibalas oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran, dimurahkan rezeki dan diberikan umur yang panjang berkat sedekah jariah ini.
Tuan puan boleh salurkan sumbangan ke akaun Yayasan Maghfirah:
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
5622 6355 2802
#Penama : Yayasan Maghfirah
#Reference : Bencana02