"Puasa itu adalah hari kalian berpuasa dan Aidilfitri adalah hari kalian berbuka ..." (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Abu Dawud)
Syawal tiba menandakan kemenangan bagi umat Islam setelah berjaya menundukkan nafsu sepanjang Ramadan. Justeru, sambutlah ia dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran dengan melaksanakan amalan-amalan sunat seperti yang disyariatkan oleh Islam:
1. Mandi sunat
hari raya dan menjamah makanan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.
2. Memperbanyakkan
takbir, tasbih dan tahmid.
3. Mendoakan
antara satu sama lain (“taqabbalallahu minna wa minkum”).
4. Memakai pakaian terbaik yang ada.
5. Menukar jalan ke masjid (balik dan pergi).
6. Berziarah dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama Muslim.
7. Berpuasa enam hari.
8. Bersedekah.
Biarpun keadaan kini
membataskan kita untuk melaksanakan pelbagai amalan sunat Aidilfitri kerana
Covid-19, namun terdapat beberapa amalan yang masih boleh diamalkan seperti:
menzahirkan keprihatinan dan memberikan sumbangan termampu dengan mencontohi
Rasulullah SAW yang sentiasa membantu golongan yang memerlukan. Kehadiran
Syawal perlu dihayati dengan nilai keinsafan terhadap kesusahan yang sedang dihadapi
oleh saudara seIslam terutamanya fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal.
Allah berfirman: Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan apa saja kebajikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui (Surah al-Baqarah, 215).
Jadi, Yayasan Maghfirah telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan melalui kempen “Lambaian Syawal bersama Asnaf”. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk pek Syawal yang mengandungi: ketupat segera, lemang segera, serunding, biskut raya dan duit raya. Bagi merealisasikan kempen ini, sumbangan dan bantuan orang ramai sangat diperlukan. Jika kita tidak membela nasib mereka, siapa lagi? Ayuh, sumbangkan sedikit perhatian dan kasih sayang anda melalui Yayasan Maghfirah untuk memberikan mereka sinar kegembiraan dalam bulan Syawal ini.
"Berkongsi Rezeki, Manisnya Memberi"
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan Maghfirah
No akaun : 562263552802
Sila letakkan reference “LAMBAIAN SYAWAL”