.png)
.jpg)
.jpg)
Sebuah Kisah Realiti... Rahsia Ketabahan Seorang Anak Kecil Demi Keluarganya..
Adik ini merentas tiga buah kampung berjalan kaki mengikut jalan hutan
(melebihi 30 minit) untuk meminta bantuan barangan asas daripada team kami di Sabah.
Ibunya hanya mengambil upah membasuh baju orang kampung. Itu pun jika ada permintaan.
Disebabkan sudah terdesak dan sangat-sangat memerlukan makanan,
dia sanggup berjalan kaki sejauh itu seorang diri untuk pergi mencari bantuan.
Petugas ini berasa kasihan melihat si tubuh kecil beras 20 kg tu, mereka pun ikut hantarkan sampai ke rumah...
Rupa-rupanya, di sinilah rumah adik itu..
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa
yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa
sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik
Pemberi Rezeki.”
(Surah Saba, 34:39)
Tabung Kongsi Bahagia adalah satu inisiatif Yayasan Maghfirah yang mengumpul dana
bagi membantu golongan asnaf, anak yatim, pelajar-pelajar tahfiz, orang kelainan
upaya (OKU), warga emas dan mereka yang memerlukan. Yayasan Maghfirah
berhasrat menjadi jambatan yang menghubungkan antara penyumbang-penyumbang
dan mereka yang menerima manfaat.
Berikut adalah antara projek yang dijalankan
oleh Yayasan Maghfirah :
1) Tabung Kelestarian OKU - Membantu komuniti OKU Penglihatan, Pendengaran dan
Masalah Pembelajaran dalam mengikuti kelas al-Quran dan Fardu Ain. Membantu
menampung kos terapi di pusat terapi swasta untuk anak-anak istimewa dari keluarga
kurang berkemampuan yang perlu mengikuti sesi terapi yang berkala secara konsisten.
2) Quran Braille - Mengumpul dana dan membantu penghasilan Al Quran braille kepada
OKU penglihatan Islam di Malaysia
3) Lestari Anak Yatim - Memberi bantuan berkala sama ada dalam bentuk kewangan
atau material bagi membantu pengurusan pusat perlindungan dan jagaan anak yatim.
Mendidik dan mengajar kefahaman akademik agama Islam yang lebih baik kepada
anak-anak yatim.
4) Bantuan Peniaga Kecil - Membantu para peniaga kecil yang terjejas akibat wabak
covid. Menyediakan dana untuk menampung keperluan seperti modal, peralatan
perniagaan atau kemahiran yang cukup untuk berniaga.
5) Pusat Dakwah Remaja - .Mengumpul dan melahirkan kader dakwah dalam kalangan para remaja dan belia. Pusat dakwah yang prihatin terhadap kebajikan masyarakat terutama belia yang dalam kesusahan seperti daripada keluarga golongan B40.
6) Tahfiz Peradaban - Menyalurkan dana bagi pembangunan maahad tahfiz yang terjejas kewangan. Kempen ini bertujuan membantu anak-anak tahfiz ini belajar dengan kemudahan yang lebih baik dan selesa.
Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.
Itu janji Allah dalam Al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 261)
.jpg)
860 322 1427
Yayasan Maghfirah
#Reference : Kongsi bahagia61
Tuan/puan boleh melampirkan resit ke:
https://wasap.my/601164001649/Kongsibahagia61
Semoga keprihatinan, sifat pemurah serta sumbangan ikhlas tuan/puan dibalas oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran, dimurahkan rezeki dan diberikan umur yang panjang berkat sedekah jariah ini.