

Sucikan Diri Dengan Sedekah Jumaat
Jangan tinggalkan amalan sedekah Jumaat!
Kerana kita tidak tahu samada masih berjumpa lagi atau tidak dengan hari Jumaat seterusnya.
Dalam Al-Quran, Allah S.W.T menceritakan bahawa manusia akan menyesal ketika waktu mereka hendak mati kerana kedekut dan berkira dalam bersedekah, sehingga minta pada Allah S.W.T untuk menangguhkan kematiannya supaya mereka boleh sedekahkan segala hartanya.
Apakah sebab manusia akan menyesal dan mahu bersedekah disaat kematian?
Kerana waktu itu, kita baru sedar bahawa hanya dengan sedekahlah dapat cegah kita dari azab kubur,
Dengan sedekahlah dapat buat amalan kita mengalir dalam kubur,
Dengan sedekahlah dapat beratkan timbangan kita di padang mahsyar nanti,
Jadi adakah anda mahu menyesal atau bersedia dengan kematian?
Ingat! berapa ramai yang rasa dia hidup pada esok, tapi telah pergi tanpa bersedia.
Niat sedekah jumaat dan baca doa dibawah :
"Ya Allah yang Maha Penyayang, Aku hambamu yang lemah memohon agar dengan sedekah Jumaatku ini Kau sucikanlah hartaku seminggu ini, Kau ampunkan dosa-dosaku minggu ini, dan kau mudahkanlah segala urusanku minggu hadapan dan berikan aku ketenangan dalam menghadapinya" Amin Ya Rabbal Alamin.
Yayasan Maghfirah membawa sebuah visi dan harapan yang besar untuk membawa perubahan ke dalam masyarakat Islam di Malaysia melalui pendidikan, kebajikan, perubatan dan dakwah Islam.
Siapa Yayasan Maghfirah bantu?
1. Golongan Fakir Miskin
2. Golong Orang Kurang Upaya (OKU)
3. Anak-Anak Yatim
4. Ibu Tunggal
5. Peniaga Kecil
6. Pelajar Tahfiz
7. Pusat Dakwah Remaja
8. Pembangunan Pusat Dakwah dan Kebajikan Pelajar Malaysia di Mesir
Berikut adalah antara projek-projek yang dijalankan oleh Yayasan Maghfirah:
✨Bantuan Peniaga Kecil
Bantuan ini adalah untuk membantu para peniaga kecil yang terjejas akibat wabak covid. Bantuan yang diberi adalah dengan menyediakan dana untuk menampung keperluan seperti modal, peralatan perniagaan atau kemahiran yang cukup untuk berniaga.
✨Lestari Anak Yatim
Yayasan Maghfirah mengambil inisiatif menyampaikan bantuan berkala sama ada dalam bentuk kewangan atau material bagi membantu pengurusan pusat perlindungan dan jagaan anak-anak yatim.
✨Pusat Latihan &Dakwah
Yayasan Maghfirah akan membeli tanah bagi Pusat pendidikan dan keilmuwan masyarakat setempat melalui perlaksanaan program-program pengajian Al-Quran, hadith dan lain-lain. Selain itu Pusat latihan ini akan memfokuskan pada kemahiran khusus untuk membina pendakwah muda, para sukarelawan, guru-guru dan pembimbing Sahabat Al-Quran, para murabbi dan seumpamanya.
#Maybank : 5622 6355 2802
#Penama : Yayasan Maghfirah
#Reference : kongsi20
Tuan/puan boleh melampirkan resit ke:
https://wasap.my/601164001649/kongsi20
Semoga keprihatinan, sifat pemurah serta sumbangan ikhlas tuan/puan dibalas oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran, dimurahkan rezeki dan diberikan umur yang panjang berkat sedekah jariah ini.