Kita Mungkin Tidak Berada Dalam Kapal Yang Sama, Namun Kita Dilanda Ombak Dan Badai Yang Sama

Kita Mungkin Tidak Berada Dalam Kapal Yang Sama, Namun Kita Dilanda Ombak Dan Badai Yang Sama

Keprihatinan Anda, Tanda Peduli

( Golongan sasaran : Fakir miskin, ibu tunggal, OKU & peniaga kecil yang terjejas. Mari kita bantu supaya mereka dapat bernafas sepanjang PKP fasa pemulihan ini)


Alhamdulillah semakin ramai yang cakna tentang kesusahan saudara-saudara kita yang memerlukan. Telah banyak bantuan yang berjaya diagihkan oleh Yayasan Maghfirah. Namun, sasaran kutipan masih jauh untuk dicapai bagi membantu jumlah pemohon yang semakin ramai.


Jom teruskan sumbangan.



----------------------

 “Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.”

(Riwayat  al-Bukhari, no: 6465)

----------------------

Mendengar pengumuman lockdown penuh yang diperintahkan oleh kerajaan, rakyat yang terdiri dari golongan asnaf B40 yang kurang berkemampuan serta peniaga kecil mana yang tidak terkesan?

 


Baru sahaja ingin memulakan perniagaan, rupanya tiada harapan kerana ketiadaan modal. Kadang tu,  bukan sahaja keperluan perniagaan yang tidak mencukupi sehingga menyebabkan pendapatan mereka terjejas. Bahkan, perniagaan mereka juga berisiko untuk mendatangkan kerugian yang banyak.


 



Kalau di kampung, masih ada sinar untuk bercucuk tanam dengan kos sara hidup rendah. Yang di bandar? Kesian sungguh mereka, dengan kos sara hidup yang membebankan ditambah pula dengan harga barang yang terus meningkat.

 


Ada juga yang dah lama kerja tapi akhirnya diberhentikan. Ada lagi...ada juga dipotong gaji ketika pelaksanaan PKP. Mana nak beli susu dan pampers anak lagi, nak bayar bil api air lagi, tambah semua duduk rumah pastilah bil api dan utiliti melambung naik.







Syukur, setelah lebih setahun berperang dengan COVID-19, rakyat kini boleh menarik sedikit nafas lega. Tika ini, Malaysia sedang menempuh tempoh persediaan untuk peralihan daripada fasa pandemik kepada endemik. Ini bererti, hampir kesemua sektor ekonomi dan sosial akan dibuka semula. Namun persoalannya, adakah mereka yang diuji semasa pandemik lalu mampu untuk bangkit semula?


 

Alangkah baiknya jika kita dapat membantu mereka untuk terus survive.


JUSTERU, YAYASAN MAGHFIRAH MELANCARKAN KEMPEN JIWA PEDULI 2.0: BANTUAN KECEMASAN FASA PEMULIHAN


Jiwa Peduli merupakan salah satu usaha Yayasan Maghfirah untuk menggalakkan kita bersama sama berkongsi rezeki dan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan dalam fasa pemulihan PKP ini.



PENERIMA MANFAAT  : GOLONGAN ASNAF



Pandemik menjejaskan ramai golongan asnaf. Ada yang kehilangan mata pencariaan dan sukar untuk menyara diri serta keluarga.


Beras di rumah semakin kehabisan, anak-anak pula perlukan susu dan lampin.


Mari kita pupuk sifat peduli terhadap jiran tetangga kita dengan hulurkan sumbangan untuk membantu golongan asnaf.


Jenis Bantuan

 ➡️  KEPERLUAN ASAS

 ➡️ SUSU

 ➡️  LAMPIN


 PENERIMA MANFAAT  : PENIAGA KECIL 


Dengan keuntungan perniagaan yang menurun, mereka berdepan masalah untuk menstabilkan perniagaan yang tidak seberapa, malah mungkin akan mengalami krisis modal untuk meneruskan perniagaan.


Ayuh kita hulurkan bantuan, bersama kita ringankan beban  mereka di musim pandemik ini!


 Jenis Bantuan 

 ➡️  WANG MODAL

 ➡️ PERALATAN KELENGKAPAN PERNIAGAAN

 ➡️  KHUSUS KEMAHIRAN NIAGA


Alhamdulillah, mereka sangat menghargai sumbangan yang telah anda hulurkan. Percayalah, bantuan tuan/puan semua bukan sekadar memberi manfaat jangka masa pendek, bahkan turut memberi peluang dan semangat kepada mereka untuk mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.

 

Tuan/puan, inilah wajah-wajah yang telah anda bantu. Mereka mendoakan kebaikan buat anda kerana telah memberi sinar baru buat kehidupan mereka.









Rasulullah SAW bersabda: "Tidak termasuk orang yang beriman, orang yang kenyang sementara jiran tetangganya kelaparan"

(Riwayat al-Tabarani, no: 12579 )

Semoga keprihatinan, sifat pemurah serta sumbangan ikhlas tuan/puan dibalas oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran, dimurahkan rezeki dan diberikan umur yang panjang berkat sedekah jariah ini.




#Maybank :  5622 6355 2802

#Penama : Yayasan Maghfirah

#Reference : Jiwa Peduli02


"Sokongan Kita, Tanda Peduli"


MAKLUMAT TAMBAHAN**

Bagi penyumbang yang ingin mendapatkan resit pengecualian cukai LHDN, boleh hubungi http://www.wasap.my/60199221016/LHDN. Mohon jasa baik tuan/puan untuk menyimpan bukti pembayaran bagi memudahkan kami menyediakan resit anda.


Bagi penyumbang luar negara, kami galakkan tuan puan utk memilih transfer melalui Western Union atau Foreign Telegraphic Transfer. Ini bagi mengelakkan masalah ketika transfer.

1. Nombor akaun rasmi Yayasan Maghfirah:

Maybank: 562263552802

2. Bank address:

No. 7 & 9, Jalan 9/9c, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

3. Alamat:

Yayasan Maghfirah, No 7-1, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor.

4. Emel: yayasanmaghfirah@gmail.com

Sekiranya masih terdapat masalah, tuan/puan boleh hubungi Puan Wafa.

http://www.wasap.my/60199221016/PuanWafa

 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
RM500 - PAKEJ DERMAWAN (bantu asnaf + peniaga kecil)
RM100 - PAKEJ BANTU PENIAGA KECIL (modal, kemahiran & peralatan perniagaan)
RM100 - PAKEJ BANTU ASNAF (barang keperluan asas, susu & lampin)
RM50 - PAKEJ BANTU ASNAF (barang keperluan asas)
RM10 - PAKEJ PEDULI (agih mengikut keperluan)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN