PEDULI ITU TANDA KEIMANAN MENINGKAT
"Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.”
[Riwayat al-Bukhari (13)]
APA ITU JIWA PEDULI?
Tabung Kecemasan Jiwa Peduli mula dilancarkan oleh Yayasan Maghfirah pada bulan Julai 2021 yang pada asalnya merupakan sebuah tabung kecemasan untuk membantu keluarga atau individu yang terjejas kesan daripada penguatkuasaan PKP. Tabung ini masih diteruskan untuk membantu masyarakat yang terkesan pada pasca pandemik ini. Ada yang hilang pekerjaan nak bangkit semula, ada keluarga yang mengikat perut tak makan kerana krisis makanan yang naik harga.
Bantuan untuk keluarga ibu tunggal yang terjejas pendapatan
Agihan bantuan kepada gelandangan di sekitar ibu kota
Agihan kepada golongan asnaf di Sabah
Sejak tabung ini ditubuhkan,
lebih daripada 20,000 keluarga & individu yang telah berjaya dibantu
terdiri daripada asnaf, ibu tunggal, dan OKUmerentasi sempadan Kawasan & negeri
KAMI INGIN MENGAJAK ANDA BERKONGSI SAHAM PAHALA
Melihat kepada kejayaan tabung ini dalam membantu meringankan beban insan-insan yang memerlukan
Kami ingin anda bersama menyertai misi kami untuk mencapai & menyatuni seramai boleh golongan yang memerlukan di luar sana dengan menyumbang untuk kempen Jiwa Peduli : Bantuan Makanan Asnaf
Tahun ini kami bukan hanya memfokuskan bantuan kebajikan fizikal & keperluan harian secara one-off tetapi kami juga akan memfokuskan kepada program kebajikan yang bersifat pembangunan rohani.
Program Kebajikan Jiwa Peduli Merangkumi
➡️ Bantuan Barangan Asas
➡️ Bantuan Foodbank
➡️Aktiviti Kerohanian Seperti Kelas Al-Quran Untuk Komuniti
"Skuad Yayasan Maghfirah sewaktu turun misi agihan bantuan di Taman Jinjang Selatan (2021)"
Butiran barangan agihan adalah seperti berikut:
♦ Beras |
♦ Gula & Garam |
♦ Tepung |
♦ Kicap |
♦ Biskut |
♦ Sardin |
♦ Minyak Masak |
♦ Susu Tepung & Lampin |
"Bantuan barangan asas siap untuk diagihkan kepada orang yang memerlukan"
MARI WAKAFKAN PAHALA BUAT ORANG TERSAYANG
Untungnya anda masih ada di dunia ketika ini, dapat berpeluang membantu orang-orang tersayang yang berada di alam barzakh.
Infaq yang anda lakukan ini ibarat sungai yang mengalir kepada orang-orang yang kita niatkan.
Justeru marilah sahut rayuan sumbangan kami ini. Wakafkan pahalanya ibu bapa sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka.
niatkan di dalam hati
"Ayah...ibu inilah hadiah terbaik dari saya, pahala ini untuk kalian..."
Justeru Semoga Infaq ini diberkati dengan kemurahan rezeki & limpahan pahala yang berganda. Amin YRA