5,000 naskhah Al-Quran diperlukan untuk diagihkan dan dibaca sepanjang bulan Ramadan, Slot Infaq Hanya RM20 Per Nama
(Anda boleh niatkan infaq ini untuk diri sendiri, mak ayah @ insan kesayangan sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. InsyaAllah pahala berpanjangan)
Andai Ini Ramadan Terakhirku...
Pernahkah kita terfikir, bagaimanakah agaknya andai Ramadan kali ini ialah Ramadan yang terakhir dalam hidup kita?
Kita semua tahu, hidup di dunia ini tidak lama & tiada siapa tahu bila ajalnya tiba.
Sementara kita masih bernafas, ayuhlah kita mengumpul amalan yang bila dilakukan sekali, pahalanya terus mengalir di dalam akaun amalan kita.
Namun, apakah amalan itu?
Hadiah Istimewa Buat Bekalan Di Hari Akhirat
Rasulullah SAW bersabda:
“Salah satu amal kebaikan yang pahalanya terus terbawa kepada si mati sampai ke alam kuburnya adalah sedekah dan mewariskan (menginfakkan) mushaf Al-Quran” [HR Bukhari]
Berdasarkan hadis di atas, menghadiahkan Al-Quran kepada orang lain merupakan salah satu amalan jariah terbaik
Ini kerana pahalanya tidak akan terputus meskipun orang yang menderma itu sudah meninggal dunia
Selain dari infaq untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan infaq atas orang lain:
✅ Ibu bapa yang masih hidup @ meninggal dunia
✅ Insan kesayangan seperti anak, isteri @ sahabat
✅ Dihadiahkan pahala untuk mereka yang kita pernah hutang tapi terputus hubungan, dibuli, dikhianat, dll
Semoga asbab daripada niat yang kita infaqkan itu dapat mengalir seribu satu kebaikan buat si penerima mahupun si pemberi
Maka dengan itu, Yayasan Maghfirah membuka peluang kepada anda untuk berinfaq Al-Quran serendah RM20 per nama
Ke Mana Wang Infaq Akan Digunakan?
Tahukah anda bahawa ada saudara kita di luar sana tidak mampu untuk memiliki senaskah Al-Quran, apatah lagi untuk membacanya
Terutama kepada golongan fakir miskin yang berada dalam kesempitan hidup.
Berkongsi Al-Quran sehingga hampir 5 ke 6 orang seisi rumah untuk mengaji, malah mempunyai Al-Quran yang lusuh antara keperitan yang terpaksa dihadapi.
Atas sebab itu, tim Yayasan Maghfirah terpanggil untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk menyediakan Al-Quran
Antara golongan sasaran:
➡️ Golongan Asnaf
➡️ Rumah perlindungan/kebajikan
➡️ Masjid
➡️ Surau
Bagaimana Anda Boleh Berinfaq?
Kami sasarkan dapat mengumpul sebanyak 5,000 naskah Al-Quran sepanjang bulan Ramadan ini
Dan kami memerlukan bantuan anda untuk segera merealisasikan misi kami mendapatkan Al-Quran baru dan diagihkan supaya dapat dibaca sepanjang bulan Ramadan
Bagi memudahkan urusan anda, terdapat beberapa pakej yang disediakan untuk berinfaq:
➡️ Infaq 100 Al-Quran = RM6000
➡️ Infaq 30 Al-Quran = RM1800
➡️ Infaq 5 Al-Quran = RM300
➡️ Infaq 1 Al-Quran = RM60
➡️ Infaq 1 Lot Nama= RM20
Ayuh sama-sama kita jayakan kempen Infaq Quran for All Ramadan ini
Mudah-mudahan setiap pembelian naskah Al-Quran yang anda infaqkan dapat memberi kebahagiaan buat saudara Muslim kita yang lain saat menerima Al-Quran yang baru. Amin
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : CIMB Bank
Nama : Yayasan Maghfirah
No akaun : 8603221427
Sila letakkan reference “ infaq quran ”