Kami Ingin realisasikan cita-cita Umar Al-Khattab R.A
"RM 5,000,000 Juta diperlukan untuk membina Sekolah Agama & Dakwah bertaraf 5 bintang"
(Anda Boleh Niatkan Infaq Atas Nama Anda & Ahli Keluarga Yang Lain. Sama ada Masih Hidup @ Telah Meninggal Dunia. Insyaallah, Pahalanya Berpanjangan Sampai ke Akhirat)
Bukan harta, emas, zamrud atau batu permata tapi inilah cita-cita Umar Al-Khattab
[Saksikan video di bawah]
Yayasan Maghfirah - Siapakah Kami? Dan apakah yang kami lakukan dalam usaha dakwah
Yayasan Maghfirah adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri (PPAB-04/2018) sejak tahun 2018
Selain menyalurkan kebajikan kepada insan yang memerlukan, kami juga berperanan sebagai sebuah pertubuhan yang menjalankan usaha dakwah melalui pendidikan & tarbiah
Kami telah mengadakan pelbagai program & institusi pendidikan percuma kepada masyarakat asnaf
Kelas Sahabat Al-Quran – Pengajian al-Quran secara percuma kepada anak-anak asnaf yang tidak berkemampuan mendapatkan pendidikan Quran formal
Institusi Darul Maghfirah – tajaan asrama & kelas tambahan kepada anak-anak pelajar Malaysia di Mesir
FANTASAINS – kelas tambahan sains secara percuma kepada anak-anak asnaf.
CITA-CITA KAMI LEBIH BESAR, INGIN LAHIRKAN MASYARAKAT PENDAKWAH YANG MULIA
Kini setelah hampir 4 tahun beroperasi, Yayasan Maghfirah ingin mengorak langkah lebih ke hadapan untuk untuk menubuhkan sebuah pusat dakwah yang bukan sahaja melahirkan para huffaz yang menanamkan 30 juzuk Quran dalam dada mereka.
Namun juga berfungsi untuk melahirkan modal insan yang berguna untuk setiap lapis masyarakat, bukan hanya dari sudut agamawi tetapi juga duniawi.
Model yang ingin kami contohi adalah seperti saudara kami iaitu Maghfirah Islamic Boarding School di Bogor, Indonesia
✅ Tempat melatih pekerja, sukarelawan, guru mengaji, pembimbing remaja & murrabi yang berguna untuk setiap lapisan masyarakat
✅ Berfungsi sebagai pusat rekreasi, tempat mesyuarat, retreat, kem kepimpinan & program-program pembinaan anak-anak SAQ & latihan kesukarelawanan
✅ Merangka & melaksanakan program pendidikan yang dapat meningkatkan kefahaman Islam dalam masyarakat (kelas pengajian Quran, hadis & pengajian kitab)
BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU?
(Mengeluarkan fatwa & menjadi guru besar ilmu hadis di Masjidil Haram pada usia 15 tahun)
“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.”
*Jika anda dari Singapura, Brunei atau Indonesia boleh pilih kaedah pembayaran Billpliz » kaedah card » masukkan butiran kad anda
Namun jika anda dari Malaysia boleh terus pilih kaedah billpliz » online banking