SEDEKAH AIR UNTUK HILANGKAN DAHAGA MEREKA YANG KEHAUSAN
“Barangsiapa menggali perigi, kemudian ada yang minum darinya kerana haus baik dari kalangan jin, manusia maupun burung, melainkan Allah memberinya pahala pada hari kiamat.”
Murninya kalau kita dapat membantu keluarga & anak-anak saudara Muslim yang daif ini menghilangkan kehausan
Tahukah anda, di Kemboja terdapat minoriti masyarakat Muslim Cham yang tinggal di pendalaman & hidup dalam keadaan serba Daif. Mereka ini saudara-saudara kita tapi bayangkan perbezaan hidup kita dengan mereka sangat jauh ibarat langit & bumi.
TERPAKSA BERJALAN PULUHAN KILOMETER JAUHNYA UNTUK DAPATKAN SUMBER AIR BERSIH
Bayangkan ada antara penduduk di daerah ini terpaksa berjalan berpuluh kilometer jauhnya untuk mendapatkan air.
Di sana, aktiviti perniagaan air merupakan sesuatu yang biasa. Adakalanya penduduk Muslim di daerah ini akan membeli air daripada tauke kedai bukan Islam dengan harga yang mahal.
Malah yang paling menyedihkan, ada antara saudara Muslim kita yang terpaksa mengambil tadahan air lopak yang diminum oleh haiwan ternakan kerana terdesak.
TERKILANNYA KAMI MELIHAT PENDERITAAN IBU & ANAK-ANAK KECIL DI SANA, NAK MENGAMBIL AIR WUDUK BERSOLAT PUN SUSAH
Atas dasar keprihatinan Yayasan Maghfirah melalui Projek Wakaf Umat bersama Kasih Serantau berusaha untuk membantu keluarga-keluarga di sana.
Pada tahun 2020, kami telah berjaya menghadiahkan 17 perigi kepada beberapa keluarga di sana. jelas terpancar kegembiraan pada wajah penduduk di sana.
Kini mereka tidak perlu meminum air lopak lagi.
Dengan kejayaan misi yang lalu, kami tahun ini berusaha untuk membina 90 buah perigi baharu memandangkan masih ramai keluarga & individu di sana yang perlu kita bantu.
PELUANG UNTUK ANDA UNTUK MELAKUKAN BAKTI KEPADA IBU BAPA YANG TELAH TIADA
Tahukah anda! Di antara amal sedekah wakaf yang terbaik untuk ibu bapa kita yang telah meninggal dunia, sabda Rasulullah SAW adalah membina sebuah telaga untuk memberi air kepada orang lain.
BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI INFAQ INI
Terdapat dua pilihan pakej
CARA-CARA MENEMPAH PAKEJ PENAMA
1. Pilih pakej yang dikehendaki.

2. Isikan butiran nama, email, nombor telefon serta nama penama berdasarkan had jumlah yang tuan/puan sumbangkan

3. Klik "Teruskan" untuk melakukan pembayaran
4. Kami akan memproses sumbangan dan menghubungi tuan/puan semula melalui whatsapp untuk pengesahan sumbangan dan proses lampiran gambar, video & sijil.
Tak semua orang mampu mewakafkan satu perigi tapi jangan lepaskan peluang beramal dengan
hilangkan dahaga mereka seumur hidup dengan hanya RM 50!
IBNU ABBAS PERNAH DITANYA;
“Sedekah apakah yang paling utama?” Beliau menjawab : “Air. Bukankah kalian menyaksikan bahwa ketika penduduk neraka meminta tolong kepada penduduk surga, maka mereka berkata : ‘Berikanlah kepada kami air minum…’'
======
Jika kisah seorang wanita yang seumur hidupnya melakukan dosa kemudian atas asbab memberi minum air kepada seekor anjing yang kehausan diampunkan dosanya oleh Allah SWT serta dimasukkan ke syurga bayangkan pula pahala tuan/puan memberi minum saudara-saudara kita yang kehausan di sana & memerlukan bekalan air yang bersih.
Justeru ayuhlah tuan/puan menyumbang sekurang-kurangnya RM 50 agar tuan/puan juga tidak terlepas dalam merebut pahala amal ini.
PAKEJ SUMBANGAN TANPA PENAMA ADALAH SEPERTI BERIKUT:
✓ RM 50 (Sedekah air)
✓ RM 30 (Sedekah air)
Ada ke perigi untuk saya USTAZ kalau saya menyumbang sebanyak ni? YA JAWAPANNYA ADA..
Buat tuan/puan yang melakukan wakaf tanpa penama, jangan risau perigi buat tuan/puan tetap akan ada setiap penyumbang yang berwakaf jumlah di bawah pakej wakaf 1 hingga 10 penama jumlah sumbangannya akan tetap dikumpulkan untuk membina sebuah perigi khas tanpa penama
Sungguhpun tidak ada penama tapi tuan/puan boleh niatkan di dalam hati:
"Ayah ibu pahala wakaf perigi ini untuk kalian"