"Mahasiswa Malaysia Golongan B40 di Mesir Hadapi Tekanan Hidup Kerana Tidak Mampu Membayar Kos Sara Hidup Yang Tinggi"
Misi Pembangunan Darul Maghfirah, sebuah Pusat Dakwah dan Kebajikan untuk anak-anak pelajar Melayu (asnaf B40) di Mesir
Bila sebut sahaja mahasiswa Malaysia di Mesir pasti ramai yang terfikir tentang lulusan Al-Azhar, hafiz Quran & pakar hadis. Namun, berapa ramai yang sedar bahawa terdapat banyak kisah sedih anak-anak mahasiswa antaranya:
tidak berjaya menamatkan pelajaran serta dihimpit dengan pelbagai kesusahan untuk menuntut ilmu agama!
TAK MAMPU TAMPUNG KOS BELAJAR, ADA YANG BERKERJA SEHINGGA PELAJARAN TERGANGGU
Ramai anak-anak pelajar dari keluarga B40 dan asnaf yang tidak mendapat tajaan tetapi berusaha sendiri mengumpul duit untuk terus bertahan di sana. Ada yang bekerja sambilan untuk mencari pendapatan sehingga mengabaikan pelajaran semata-mata untuk membayar sewa tempat tinggal dan kos pengangkutan yang tinggi.
Sesetengah pelajar yang tidak mendapat tajaan terpaksa berkerja sambilan demi menanggung kos pengajian sehingga mengabaikan pelajaran
KOS RUMAH SEWA NAIK 10% HINGGA 20% SETAHUN
Kebiasaannya, setiap tahun tuan rumah sewa akan menaikkan caj sewa kepada penyewa termasuk kepada anak-anak pelajar Malaysia. Malah ada antara tuan rumah akan meminta kos tambahan luar dari kontrak setiap bulan. Cukup berat beban kewangan perlu mahasiswa tanggung sehingga ada yang dihalau keluar rumah kerana mempertahankan hak mereka.
MASALAH KURANGNYA KELAS TAMBAHAN DI LUAR KAMPUS
Bayangkan dengan jumlah kelas yang terhad, kecil dan sempit serta bilangan pelajar Malaysia yang mengambil jurusan pengajian Islam melebihi 20,000 orang, mereka tidak dapat belajar dengan kondusif. Anak-anak pelajar Melayu perlu berasak dan berebut tempat dengan pelajar-pelajar berbangsa Arab.
Keadaan kelas yang tidak kondusif, adakalanya terpaksa berhimpit & duduk di atas lantai kerana ruang dah penuh.

➡️ Asrama bagi 100 mahasiswa Malaysia di Mesir yang tergolong dalam golongan B40
Seluruh ruang bangunan akan memuatkan:
➡️ 100 orang mahasiswa Malaysia untuk 4 tingkat asrama
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (sedekah berpanjangan), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim).
Jom sama-sama bantu kami mencapai SASARAN bagi pembangunan Darul Maghfirah.
SASARAN DANA : RM 5.8 JUTA
Sumbangan anda menjadi sedekah yang berpanjangan memberi manfaat memudahkan anak-anak pelajar B40 yang menuntut ilmu agama di bumi anbiya.
Pakej sumbangan adalah seperti berikut:
✅PAKEJ SYURGA FIRDAUS: RM 1000
✅PAKEJ SYURGA ADNIN: RM 500
✅PAKEJ SYURGA NAIM: : RM 100
✅PAKEJ SYURGA MA'WA: RM 50
✅PAKEJ SYURGA DARUSSALAM: RM 30
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Bank : CIMB Bank
Nama : Yayasan Maghfirah
No akaun : 8603221427
Sila letakkan reference “ DM55”
Tuan/puan boleh melampirkan resit ke:
https://wasap.my/60199221065/PembangunanDarulMaghfirah
Semoga amal dan sumbangan anda membantu pelajar kita di bumi anbiya diganjarkan dengan limpahan pahala yang besar. Aamiin..