BANTU RIBUAN ANAK OKU PENDENGARAN MEMBACA ALQURAN
PEKAK tidak bermakna mereka tidak dapat membaca Al-Quran selama-lamanya. Kini, dengan perkembangan teknologi, tidak mustahil seorang OKU itu dapat mendalami Al-Quran. Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Yayasan FAQEH telah membangunkan sebuah Aplikasi khas untuk golongan OKU Pendengaran.
![]()
APLIKASI AL-QURAN MENGGUNAKAN BAHASA ISYARAT PERTAMA DI DUNIA
Aplikasi Quran Isyarat ini merupakan aplikasi Quran pertama di dunia yang dibangunkan bagi membantu orang kelainan upaya untuk belajar Al-Quran bagi komuniti OKU Pendengaran. Aplikasi ini mensasarkan keseluruhan Quran (30 Juzuk) secara berperingkat.
FUNGSI UTAMA AL-QURAN ISYARAT:
▶️ mesra OKU Pendengaran dengan memaparkan visual Mashaf Rasm Uthmani.
▶️ paparan teks ayat Quran beserta Kod Tangan Quran yang dibaca tanpa tanda baris dan
▶️ panduan bunyi bacaan Transliterasi Makhraj bagi mereka yang masih mempunyai baki suara.
▶️ paparan Terjemahan Tipikal dan Terjemahan mesra OKU Pendengaran berbantukan
▶️ video Terjemahan Jurubahasa Isyarat (JBI) Malaysia.
Namun begitu, dana untuk melengkapkan keseluruhan 30 juzuk Quran secara berperingkat ini masih belum mencukupi. Aplikasi Quran Isyarat ini sudah terbangun dengan 11 surah pillihan terdiri daripada Juz Amma (juz 30) dan Surah Al-Fatihah.
Kami di Yayasan Maghfirah ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama kami dalam usaha membantu OKU yang memerlukan.
Kami memfokuskan pemberian kepada beberapa golongan OKU dalam usaha menyantuni para OKU ini. Antaranya:
1. Golongan OKU Pendengaran
2. Kanak-Kanak Buta Huruf
3. Masalah Kelewatan Pembangunan Global (GDD)
BAGAIMANA TUAN/ PUAN BOLEH BERINFAQ?
Tuan/ Puan boleh menyalurkan INFAQ dalam bentuk:
▶️ Infaq Jutawan = RM 1,000
▶️ Infaq Satu Juzuk = RM 500
▶️ Infaq Lima Surah = RM 300
▶️ Infaq Satu Surah = RM 100
▶️ Infaq Satu Ayat = RM 50
Tuan/ Puan sekalian, hakikatnya untuk meyebut 'Ba, Sin, Mim' dalam Bismillahirrahmanirrahim adalah bukan sesuatu yang mudah untuk golongan OKU ini. Oleh itu, marilah kita sumbangkan dan seikhlas yang mungkin kepada mereka ini.
لَّيۡسَ عَلَى ٱلۡأَعۡمَىٰ حَرَجٞ وَلَا عَلَى ٱلۡأَعۡرَجِ حَرَجٞ وَلَا عَلَى ٱلۡمَرِيضِ حَرَجٞۗ وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ يُدۡخِلۡهُ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ وَمَن يَتَوَلَّ يُعَذِّبۡهُ عَذَابًا أَلِيمٗا
Maksudnya: Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.
(Al-Fath: 17)
Jika tuan/puan berniat untuk menyumbang namun tidak mahu mengikut pakej di atas boleh menyumbang sebanyak
RM 10, RM 20 atau RM 30 dan sebagainya Ke Akaun Di Bawah:
*Jika anda dari Singapura, Brunei atau Indonesia boleh pilih kaedah pembayaran Billpliz » kaedah card » masukkan butiran kad anda
Namun jika anda dari Malaysia boleh terus pilih kaedah billpliz » online banking
![]()