KEADAAN SUKAR ANAK-ANAK PELAJAR DI MESIR MEMERLUKAN PERHATIAN KITA!!

Misi bantu pelajar Melayu (asnaf B40) di Mesir mendapatkan kemudahan belajar & asrama yang lebih baik dengan pembangunan:

PUSAT DAKWAH & KEBAJIKAN DARUL MAGHFIRAH



Bila sebut sahaja mahasiswa Malaysia di Mesir pasti ramai yang terfikir tentang lulusan Al-Azhar, hafiz Quran & pakar hadis. Namun, berapa ramai yang sedar bahawa terdapat banyak kisah sedih anak-anak mahasiswa yang tidak berjaya menamatkan pelajaran serta dihimpit dengan pelbagai kesusahan dalam menuntut ilmu agama!


TAK MAMPU TAMPUNG KOS ADA YANG BERKERJA SEHINGGA PELAJARAN TERGANGGU

Hakikatnya ramai antara mahasiswa di sana terdiri dari keluarga B40 dan asnaf. Ada yang tidak mendapat tajaan tetapi berusaha sendiri mengumpul duit untuk terus bertahan di sana.

Ada yang bekerja sambilan untuk mencari pendapatan sehingga mengabaikan pelajaran semata-mata untuk membayar sewa tempat tinggal dan kos pengangkutan yang tinggi.


Sesetengah pelajar yang tidak mendapat tajaan terpaksa berkerja sambilan demi menanggung kos pengajian sehingga mengabaikan pelajaran


KOS RUMAH SEWA NAIK 10% HINGGA 20% SETAHUN

Ini adalah sebahagian budaya yang biasa di sana. Setiap tahun tuan rumah sewa akan menaikkan caj sewa kepada penyewa termasuk kepada anak-anak pelajar Malaysia. Malah ada antara tuan rumah akan meminta kos tambahan luar dari kontrak setiap bulan.

Hal ini menjadi beban yang cukup berat kepada mahasiswa sehingga ada yang dihalau keluar rumah kerana mempertahankan hak mereka.


Kos sewa rumah di Mesir begitu membebankan dengan keadaan rumah yang tidak sebaik di Malaysia


ISU KURANGNYA KELAS TAMBAHAN DI LUAR KAMPUS

Perubahan dasar kerajaan Mesir pada tahun 2013 menyebabkan kelas-kelas pengajian agama hanya dihadkan kepada institusi di bawah Al-Azhar sahaja dan tiada lagi kelas pengajian di Masjid

Bayangkan dengan jumlah kelas yang terhad, kecil dan sempit serta bilangan pelajar Malaysia yang mengambil jurusan pengajian Islam melebihi 20,000 orang, mereka tidak dapat belajar dengan kondusif.


                 Keadaan kelas di sana tidak kondusif, adakalanya terpaksa berhimpit & duduk di atas lantai kerana tidak ada ruang yang cukup


Hakikatnya ada antara anak-anak pelajar kita di sana yang tidak dapat menanggung tekanan ini & membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembelajaran. Cita-cita menjadi ulama pada masyarakat terpaksa dikorbankan.


JALAN PENYELESAIANNYA...

Ayuh sama-sama bantu atasi masalah mahasiswa & mahasiswi kita di sana melalui penubuhan BANGUNAN PUSAT DAKWAH & KEBAJIKAN, DARUL MAGHFIRAH di Kaherah, Mesir.
.

.
Bangunan ini menjadi satu inisiatif untuk memberi keselesaan yang lebih baik kepada para mujahid ilmu kita. Siapa yang tidak mahu melihat anak-anak pelajar kita di sana dijauhkan daripada masalah yang tidak sepatutnya mereka lalui serta pulang ke tanah air menjadi para ulama & ilmuwan yang berkualiti dan disegani.



Bangunan Darul Maghfirah mempunyai 7 tingkat akan menyediakan:

➡️  Asrama bagi 100 mahasiswa Malaysia di Mesir yang tergolong dalam golongan B40

➡️  Sebuah perpustakaan yang lengkap
➡️ kelas dan 2 dewan yang boleh memuatkan 100 orang dalam satu-satu masa
➡️ Dewan makan untuk mahasiswa yang menetap di asrama
➡️ Sebuah Surau

 



Seluruh ruang bangunan akan memuatkan:

➡️ 100 orang mahasiswa Malaysia untuk 4 tingkat asrama

➡️ 100 orang mahasiswa Malaysia untuk 3 kelas dan 2 dewan pengajian
➡️ 100 orang penduduk asrama untuk 1 dewan makan
➡️ 30 orang mahasiswa untuk kegunaan perpustakaan dalam satu-satu masa





Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:


“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (sedekah berpanjangan), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

(HR Muslim).


Bayangkan bila pelajar yang anda bantu kembali ke tanah air, mereka mengajar ilmu agama dan Al-Quran, anda turut mendapat pahala. Bahkan pahala yang berpanjangan.

Berapakah pahala anda yang sudah berlipat kali ganda? Ya, tidak terkira. 

Jom sama-sama bantu kami mencapai SASARAN bagi pembangunan Darul Maghfirah. 

SASARAN DANA : RM 5.8 JUTA 



Sumbangan anda menjadi sedekah yang berpanjangan memberi manfaat memudahkan anak-anak pelajar B40 yang menuntut ilmu agama di bumi anbiya.

Pakej sumbangan adalah seperti berikut:

PAKEJ SYURGA FIRDAUS: RM 1000

PAKEJ SYURGA ADNIN: RM 500

PAKEJ SYURGA NAIM: : RM 100

PAKEJ SYURGA MA'WA: RM 50

PAKEJ SYURGA DARUSSALAM: RM 30


Percayalah bantuan tuan puan semua bukan sekadar memberi manfaat jangka pendek, bahkan turut menjadi saham jangka panjang pahala tuan puan kerana bangunan dakwah ini akan kekal digunakan oleh penuntut-penuntut ilmu di Al-Azhar, Mesir. Moga pahala ini dapat menghapus dosa di dunia dan membawa Tuan Puan ke syurga di akhirat kelak.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

BAGAIMANA UNTUK MENGINFAQ DAN MENYUMBANG?
Pilih pakej menarik yang disediakan di bawah. Jika tuan/puan berniat untuk menyumbang tetapi tidak mahu mengikut pakej di atas boleh menyumbang sebanyak RM 10 & RM 20 dan sebagainya ke akaun di bawah:

Bank :  CIMB Bank

Nama :  Yayasan Maghfirah

No akaun :  8603221427

Sila letakkan reference “ DM55


Tuan/puan boleh melampirkan resit ke:

https://wasap.my/60199221065/DarulMaghfirah



*Jika anda dari Singapura, Brunei atau Indonesia boleh pilih kaedah pembayaran Billpliz »  kaedah card » masukkan butiran kad anda

Namun jika anda dari Malaysia boleh terus pilih kaedah billpliz » online banking




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ SYURGA FIRDAUS [ RM 1000 ]
PAKEJ SYURGA ADNIN [ RM 500 ]
PAKEJ SYURGA NAIM [ RM 100 ]
PAKEJ SYURGA MA'WA [ RM 50 ]
PAKEJ SEIKHLAS HATI [ RM20 ]
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

BANTUAN ?