AYUH BANTU NAIKKAN FASILITI
PUSAT DAKWAH & KEBAJIKAN DARUL MAGHFIRAH
Pahala mengalir berterusan dengan membantu penuntut ilmu...
Dalam kesungguhan kami untuk membantu pelajar asnaf Malaysia di Mesir, akhirnya Allah datangkan sebuah rezeki yang tidak disangka-sangka. Pada tahun 2021, bangunan Darul Maghfirah setinggi 7 tingkat telahpun berjaya diwakafkan. Syukur Alhamdulillah!
Tanpa sokongan para penyumbang, pasti sukar untuk kami ringankan beban mereka sepanjang menuntut ilmu di bumi Anbiya'. Terima kasih yang tak terhingga kerana percaya dan ingin bersama-sama kami dalam usaha ini!
!!SABAR DULU!!
PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI
✅Katil, tilam dan perabot lain
✅Bahan bantu belajar
✅Kelengkapan perpustakaan
✅Peralatatan kantin
✅Karpet surau dan banyak lagi!
Semua itu kami perlukan dalam kadar segera kerana bangunan Darul Maghfirah masih lagi kosong tanpa fasiliti yang sepatutnya dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar asnaf di sana.
Tanpa kelengkapan asas yang penting, bagaimana mereka nak teruskan kehidupan dengan selesa, selamat dan ceria?
INILAH VIDEO YANG MENGGAMBARKAN KEADAAN DARUL MAGHFIRAH.
Bila kita bantu mereka, Allah pasti mudahkan urusan kita :)
SIAPAKAH YANG BAKAL TUAN PUAN BANTU?
"Mereka perlu bekerja sambil belajar untuk menampung kos sara hidup.
Desakan krisis ekonomi turut memaksa para pelajar bekerja lebih masa
bagi membayar sewa rumah dan beli keperluan diri."
Walaupun datang dari keluarga B40, kekurangan tersebut sama sekali tidak memadamkan cita-cita besar untuk mewarisi ilmu-ilmu agama. Bila pulang ke tanah air, mereka lah insan-insan yang bakal mensyiarkan Islam di negara dengan ilmu dan hikmah yang kukuh subur di dada...
MASIH BANYAK FASILITI YANG BELUM LENGKAP
AYUH INFAQ SEKARANG!!!
“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara,
sedekah jariyah (sedekah berpanjangan), ilmu yang bermanfaat,
dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim)
Bayangkanlah betapa banyak pahala yang akan mengalir untuk Tuan Puan apabila mereka menggunakan fasiliti yang Tuan Puan infaqkan untuk bersolat, membaca al-Quran, mempelajari kitab, menuntut ilmu dan melakukan aktiviti agama secara berjemaah. Bahkan, generasi demi generasi akan memanfaatkannya walaupun saat itu Tuan Puan telah meninggal dunia...
"Katil, tilam, kelengkapan perpustakaan, karpet surau, peralatan kantin... Banyak lagi yang kami perlukan!"
SASARAN DANA FASILITI
Bangunan 7 tingkat masih kosong. Dana diperlukan segera!
RM2 JUTA
Tuan Puan, ayuh salurkan sumbangan untuk naikkan fasiliti Darul Maghfirah hari ini!
Sesungguhnya, Allah SWT sangat suka akan hambanya yang berkejar-kejar dalam melaksanakan kebaikan.
Pilih PAKEJ SUMBANGAN di bawah atau salurkan sedekah anda ke:
5622 6355 2802
#Penama: Yayasan Maghfirah
#Reference: Mesir02
Sedekah hari ini untuk saham akhirat di sana. Semoga Allah SWT sucikan rezeki kita semua. Ameen...