#Dua'4Baling : TABUNG KECEMASAN BENCANA BANJIR 2022 !!
"( Ayuh Bersama Kami Bantu Mangsa Banjir di Baling, Kedah )

Sungguh sedih, hiba dan trauma pasti dirasakan setiap mangsa banjir penduduk di Baling Kedah. Banjir yang telah memusnahkan harta benda malah nyawa insan tersayang. Paras air yang meningkat dengan cepat menyebabkan perkakasan rumah tidak dapat diselamatkan.
Bagai terasa luluh di hati apabila hampir keseluruhan mangsa terpaksa di pindahkan ke pusat pemindahan sementara akibat hilang tempat berteduh. Musibah yang menimpa sedikit sebanyak memberi impak kepada penduduk dalam meneruskan kehidupan seharian.
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Simpati dengan nasib mereka, Tim Yayasan maghfirah dan Skuad Kita Bantu turun padang bagi menghulurkan bantuan. Beban dan tekanan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir turut dapat dikurangkan.
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis riwayat Muslim)

Tim Yayasan Maghfirah bersama Skuad Kita Bantu telah digerakkan segera ke Kedah bagi menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa banjir.

Kami memerlukan sokongan anda untuk membantu lebih ramai keluarga. Ayuh menjayakan misi ini!
Bantu kami mencapai SASARAN !
SASARAN DANA DIPERLUKAN:
RM 100 000
" SUMBANGAN ANDA , HARAPAN MEREKA "
BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU SAUDARA KITA YANG DILANDA BANJIR?
Tuan puan boleh salurkan sumbangan ke akaun Yayasan Maghfirah :

5622 6355 2802
#Penama : Yayasan Maghfirah
#Reference : Bencana02