Anak-anak Pelarian Syria Diancam Kebuluran,
Krisis Ekonomi Negara yang Ditumpang Makin Meruncing
Lebih 6.5 juta rakyat Syria menjadi pelarian sejak 2011-2022. Mereka tiada peluang untuk mengubah nasib mereka. Hanya berteduh di dalam khemah kanvas. Makanan juga mereka perlu bergantung kepada bantuan luar kerana kos sara hidup yang semakin tinggi.
Setiap hari mereka berdoa kalau-kalau ada bantuan yang datang kepada mereka, bantuan dari saudara-saudara Muslim lain. Kami mengajak anda semua untuk sama-sama menggembirakan saudara-saudara kita yang menjadi pelarian di Lubnan terutamanya.
Bantuan makanan 'hotmeals', sumbangan barangan asas dan hadiah untuk anak yatim Syria antara bantuan yang akan kami sampaikan dari anda semua, para dermawan di luar sana. Yayasan Maghfirah menghubungkan anda dengan pelarian Syria.

Bantuan akan disalurkan kepada :
- Anak-anak Yatim Syria kerana peperangan
- Ibu Tunggal dan Keluarga pelarian Syria di Lubnan