PAHALA MENGALIR BERTERUSAN BIARPUN SUDAH MENINGGAL DUNIA
MESTI INDAHKAN DAPAT MELIHAT DAN MEMBACA AL-QURAN, TAPI SAYANG, KAMI TAK DAPAT MELIHATNYA
(Niatkan pahala Infak ini untuk ibu bapa & orang tersayang)
Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) kini dalam usaha mengumpulkan dana bagi mencetak 2400 naskhah quran braille dan juga kitab-kitab braille khusus untuk golongan OKU Penglihatan Islam di seluruh Malaysia.
Untuk makluman tuan puan, (PERTIS) sebenarnya telah ditubuhkan dan diasaskan sejak 1996 lagi. Ini adalah satu-satunya persatuan OKU yang diiktiraf oleh JAKIM untuk menghasilkan Quran Braille di Malaysia.
Malahan juga, Quran braille ini mempunyai jangka hayat selama lima tahun dan disebabkan ini perlu dicetak berulang kali agar butiran kod-kod braille tidak kekal hilang setelah disentuh dan boleh diguna pakai semula oleh mereka pada masa akan datang.

Mudah-mudahan setiap naskhah Al-Quran yang diinfaqkan oleh tuan puan dapat memberi sinar kebahagiaan buat mereka.
![]()
