Kongsi Bahagia
Dengan Berkongsi Rezeki Dengan Mereka Yang Memerlukan

  

MACAM MANA NAK BANTU MEREKA ?

Anda lihat ada orang mengemis di tepi jalan, ada yang berniaga di bawah terik panas matahari, ada yang mendukung anak kecil sambal menjaja. Bahkan, ada yang kehilangan rumah sekelip mata kerana bencana, ada yang merempat di tepi jalan tak mampu bayar sewa, ada anak yatim yang tidak mendapat pendidikan sebaiknya, ada anak-anak tahfiz yang belajar di bangunan usang, ada mahasiswa yang ikat perut tak makan.


Sebuah Kisah Realiti... Rahsia Ketabahan Seorang Anak Kecil Demi Keluarganya..

Adik ini  merentas tiga buah kampung berjalan kaki  mengikut jalan hutan

(melebihi 30 minit) untuk minta bantuan barangan asas daripada team kami di Sabah.

Maknya hanya kerja membasuh baju orang kampung. Itu pun kalau ada permintaan.

Disebabkan sudah terdesak dan sangat-sangat memerlukan makanan, dia sanggup berjalan kaki sejauh itu seorang diri untuk pergi minta bantuan.

Petugas ini kesian tengok adik ini nak kena angkat beras 20 kg tu, mereka pun ikut hantarkan sampai ke rumah...

Rupa-rupanya, di sinilah rumah adik itu..



 Tabung Kongsi Bahagia  adalah satu inisiatif Yayasan Maghfirah yang mengumpul dana bagi membantu golongan asnaf, anak yatim, pelajar-pelajar tahfiz, orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan mereka yang memerlukan. Yayasan Maghfirah berhasrat  menjadi jambatan yang menghubungkan antara penyumbang-penyumbang dan mereka yang menerima manfaat. 








Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
KONGSI BAHAGIA PAKEJ PLATINUM [RM 1,000]
KONGSI BAHAGIA PAKEJ EMAS [RM 500]
KONGSI BAHAGIA PAKEJ PERAK [RM 300]
KONGSI BAHAGIA PAKEJ BERLIAN [RM 100]
KONGSI BAHAGIA PAKEJ PERMATA [RM 50]
KONGSI BAHAGIA PAKEJ GANGSA [RM 30]
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN